BAB 2

Humor Series 7517

KRINGGG!!!!!

Bunyi nyaring loceng menandakan waktu rehat. Laju sahaja Hanis dan Nadia hendak melangkah ke luar kelas dek perut yang sudah kelaparan.

Tiba-tiba...

"Hanis, Nadia," tersentak mereka mendengar suara garau Ustaz Din. "Ya,ustaz," serentak mereka berpaling ke arah guru Agama Islam itu dan menjawab bersama senyuman yang diukir paksa. "Tolong saya hantarkan barang-barang saya ni dekat bilik guru. Saya ada emergency," terus sahaja Ustaz Din keluar dengan tergesa-gesa tanpa menunggu jawapan mereka. Terkulat-kulat mereka dibuatnya.

Mereka berpaling sesama sendiri. "Wei,macam mana ni. Perut aku dah berkonsert ni," jelas terpampar riak keresahan pada wajah bujur Nadia. "Aku pun dah kebulur macam tak makan seminggu ni. Takpelah,insyaAllah sempat makan. Kita hantar cepat-cepat okay?" Nadia angguk lemah.

"Cepatlah woiii!!!" tempik Hanis melihat Nadia yang agak jauh daripadanya. Jam tangan Tissot hitam dikerlingnya. 'Dah pukul sepuluh empat puluh lima minit pagi,' detik hati kecilnya. "Dah lambat ni! Sepuluh minit aje lagi! Mahu kena telan kita nanti dengan Cikgu Noreha kalau lambat sampai kelas" Kalau tidak difikirkan selepas ini subjek Sains,tidaklah dia tergesa-gesa. "Ya Allah,lupa pulak lepas ni Sains. Dengan Cikgu Noreha yang garang macam singa pulak tu," Mereka terus mengambil makanan dan makan dengan gelojoh sebaik sahaja tiba di Dewan Selera memandangkan masa hanya berbaki enam minit sahaja lagi.

Sedang sibuk berlari untuk masuk ke kelas......

BUUMMM!

Tidak berkelip mata Hanis memandang wajah lelaki berkulit cerah dengan rambut yang nampak 'smart' yang baru sahaja berlanggar dengannya tadi. 'Handsome' detik hati kecilnya. Lari terus rentak jantungnya sebaik bertentang mata dengan pemilik mata hitam berkilat itu.

Baru hendak ditengkingnya pelajar yang berlanggar dengannya tadi tetapi lain pula jadinya.Berdebar hati Raiyan Harris tatkala melihat wajah putih bersih dengan pipi merah-kemerahan semulajadi ditambah pula dengan bibir merah merekah. 'Cantik. Sangat cantik' hati lelakinya bersuara.
"Sorry,"

Tersentak Raiyan sebaik mendengar suara lembut itu.Terus dia menjauhkan sedikit tubuhnya dengan tubuh kecil si cantik manis tersebut. Dia tidak membalas. Jelingan pula yang 'dihadiahkan' kepada gadis yang tidak diketahui nama itu. Bukan dia sengaja berbuat begitu. Tetapi,demi menjaga reputasinya sebagai pelajar paling samseng dan popular di sekolah tersebut,dia terpaksa."Sombongnya," kata Hanis perlahan sebaik sahaja pemuda tampan itu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience