BAB 6

Humor Series 7517

"Bye korang! I'll miss you guys so much!" kata Hanis ceria kepada Muiz dan Nadia.

Hanis dan Nadia berpelukan. "Wei. Aku?" gurau Muiz seraya mendepangkan tangan untuk berpelukkan. "Tak payah nak mengada. Sedar sikit diri tu," balas Nadia geram. Serentak mereka bertiga ketawa. Hari ini,merupakan hari terakhir mereka di maktab sebelum bercuti panjang. Ibu bapa Hanis, Dato' Salleh dan Datin Rohana sudah tiba untuk menjemput puteri bongsu kesayangan mereka. Sementara menunggu puteri mereka, mereka berbual - bual dahulu dengan kenalan lama yang sudah lama tidak berjumpa.

"Kau apa khabar Mal?" tanya Dato' Salleh mesra. "Macam nilah," serentak itu,ketawa mereka bereempat terhambur. Encik Jamal dan Puan Siti Zubaidah merupakan kenalan Dato' Salleh sewaktu beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Of Cambridge, UK dahulu. Tetapi selepas pulang ke Malaysia, mereka terus 'lost contact'. "Anak kau pun ada sini ya?" tanya Encik Jamal. "Ha,yalah. Kau buat apa di sini?" hairan juga Dato' Salleh. "Anak kami pun belajar di sini," Puan Siti Zubaidah yang sedari tadi tidak bersuara,mencelah. "Oh, tingkatan berapa?" soal Datin Rohana sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman. "Tingkatan tiga. Lepasan PT3 la ni," balas Puan Siti Zubaidah mesra.

"Mummyyyy!!!"

Belum sempat Datin Rohana menuturkan sebarang kata, suara garau seorang pemuda menarik perhatian mereka. Haishh.. Bukan setakat menarik perhatian mereka,malah perhatian seluruh ibu bapa yang hadir untuk menjemput anak masing - masing.

------------------------------------------------------------------------------

Suara garau seorang pemuda menggamit perhatian tiga orang anak muda yang sedang rancak berbual pada hari terakhir persekolahan ini. 'Hish! Siapa lah yang terpekik - pekik ni! Buat naik darah orang betul lah!' getus hati Hanis. Serentak itu Hanis,Nadia dan Muiz menoleh ke empunya suara.

Terbeliak mata mereka. Serentak, mereka berpaling semula daripada terus menatap si empunya suara yang berparas tampan membunuh itu. "Oh my gosh! He's looking so hot!"
teriak Nadia tanpa segan silu. "Gile ah abang Rayyan!" Muiz juga kagum akan keadaan Raiyan Harris pada waktu itu. Mana tidaknya, keadaan dengan rambut sedikit serabai, badannya yang berpeluh - peluh serta muka yang merah kemerahan menahan bahang dek simbahan cahaya mentari. Tidak cukup dengan itu, dengan kening yang dikerutkan serta satu butang baju yang terbuka menampakkan baju dalamnya cukup membuatkan para gadis terpesona. Keadaan Raiyan pada waktu itu kelihatan agak samseng tetapi ketampanannya bisa mencairkan hati.

'Astaghfirullah, apasal lah jantung aku ni duk berlumba dalam ni?' getus hati kecil Hanis. "Eleh! Apa yang hot nya? Apa yang gila nya?" sangkal Hanis. Pada masa yang sama,dia cuba menenangkan keadaan hati yang berdebar - debar. Nadia dan Muiz memekakkan telinga. Kononnya tidak dengarlah apa yang dibicarakan Hanis. Mereka sudah maklum dengan perangai Hanis. Sengaja menidakkan kebenaran yang sememangnya terserlah di hadapan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience