BAB 9

Humor Series 7517

"Apalah mama dengan papa ni. Panas terik macam ni suruh aku jalan pergi aspura," omel Hanis seorang diri sambil mengerutkan kening menahan bahang matahari. Dia berjalan pantas menuju ke aspura. "Lagi cepat pergi,lagi cepat balik," bebelnya seorang diri lagi.

Anak mata hazel milik Hanis melilau mencari kelibat mama dan papanya. Sebaik terlihat kelibat mereka,dia segera berlari anak menuju ke arah mereka. Sambil itu,dia tertanya - tanya siapakah gerangan tiga beranak yang membelakanginya. Seorang lelaki dan seorang wanita yang kelihatan seperti seumur dengan mama dan papanya sudah pasti merupakan sepasang suami isteri. Tetapi,yang seorang lagi tu....pemuda yang memakai baju batik sekolah sepertinya itu,dia gagal mengecamnya. Dari segi ketinggian, dia yakin pemuda itu merupakan seniornya. Bagaimana mahu mengecam, dia sendiri bukanlah rapat sangat dengan lelaki.

Setibanya Hanis di sisi mama dan papanya, dia meletakkan tangan kanan di dahi bagi melindung daripada bahang matahari. "Ha...sampai pun.. Hanis, ni papa kenalkan Encik Jamal dan Puan Siti Zubaidah. Mereka ni kawan seuniversiti papa masa papa kat UK dulu," jelas Dato' Salleh. Hanis menyalami tangan Puan Siti Zubaidah penuh hormat dan hanya menghadiahkan senyuman buat Encik Jamal. Matanya hanya memandang ke bawah. Dia tiada 'mood' hendak mengenali pemuda berbaju batik sekolah yang berdiri di sebelah Encik Jamal. 'Mama dengan papa ni pun satu. Tak nak ke pergi tempat redup sikit. Takkan tak tahu cuaca tengah panas terik ni,' rungut Hanis dalam hati.

"Cantiknya anak kamu berdua ni! Macam kacukan pun ada," puji Puan Siti Zubaidah. Dato' Salleh dan Datin Rohana hanya tersenyum senang. Sudah acap kali anak gadis bongsu mereka menerima pujian sebegitu. Mana tidaknya. Kulitnya putih bersih,hidungnya mancung,bibirnya merah jambu, pipinya pula merah kemerahan. Ditambah dengan cuaca panas terik sebegitu,bertambah merah wajah mulus Hanis. "Thanks auntie," ujar Hanis sopan. Puan Siti Zubaidah hanya tersenyum. "Eh..kenalkan ni anak auntie, Raiyan Harris," ujar Puan Siti Zubaidah memperkenalkan anak tunggalnya. Hanis yang dari tadinya tidak berminat untuk mengetahui perihal pemuda tersebut,terus mengangkat wajahnya untuk melihat pemuda yang dikatakan Raiyan Harris itu.

"Allah!" itu sahaja kata yang terbit daripada bibir mongel Hanis. Dia benar - benar tidak menyangka. 'Handsome gila siott tengok dengan jarak yang lebih dekat ni,' ujar Hanis dalam hati. Serentak itu,mata mereka bertaut sesaat. Panahan mata hitam berkilat itu benar - benar membuatkan hati Hanis tidak tenteram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience