BAB 12

Horror & Thriller Completed 2548

“ Rilek. Kau ada di rumah aku sekarang ni,” dengan tidak menghiraukan Sam yang berada didalam keadaan terpinga-pinga itu Kyle tetap mengukirkan senyumnya.

“ Tapi.....tapi aku,” anak muda itu cuba mengimbas kembali apa yang dia lalui sebelum ini. Serta-merta bulu roma diseluruh tubuhnya merinding.

“ Aku tau apa yang dah jadi pada engkau,” tutur Kyle lagi. Cuba meredakan perasaan rakan baiknya itu.

“ Kau tau?”

Kyle angguk.

“ Kami jumpa kau dalam teksi rentung diselekoh tak jauh dari kampung ni. Bila kau tak sampai ke rumah aku, aku dah mula cemas. Aku takut kau lewat sampai. Kan aku dah pesan dengan engkau dulu. Jangan lewat sampai kekampung aku.”

Sam memutarkan mindanya dan seketika kemudian dia mula mengangguk.Masih dia ingat pada pesan rakan karibnya itu.

“ Aku rasa kau memang dah lewat sampai dibandar tu. Malam tadi kau naik teksi puaka tu. Ramai orang luar yang dah kena. Orang tempatan dah tau cerita tak akan naik kereta sewa terakhir tu. Sebab dia orang memang dah tau,” Kyle tersengih.

“ Ada cerita disebalik teksi terakhir yang kau tumpang tu,” sambung Kyle lagi. Sam menegakkan badannya. “ Cerita apa?”

“ Teksi kau naik tu dulu mengalami kecelakaan. Terbabas dan melanggar pokok serta meletup. Pemandu dan penumpangnya mati ditempat kejadian,” sejurus kemudian dia terdiam.

“ Menurut cerita ada cahaya terang mengejar teksi tu dalam perjalanan balik. Cahaya itu dikatakan adalah jembalang yang mendiami kawasan tersebut. Memang dah ramai yang kena. Cahaya itu akan cuba memotong kenderaan yang mereka naiki,” salah seorang dari lelaki berusia tadi mencelah cerita Kyle.

Kyle berpaling semula pada Sam dan menyambung kata-katanya “ Bila cahaya tu dapat memotong kenderaan seseorang, serta-merta cahaya itu terpadam. Keadaan akan gelap seperti sediakala. Ketika itulah ada sesuatu yang melintas didepan jalan. Ramai yang mendakwa ada perempuan atau orang tua melintas. Dek kerana hendak mengelak kenderaan mereka akan terbabas dan mengalami kecelakaan. Kalau nasib baik mereka selamat. Tapi apa yang berlaku pada pemilik teksi terakhirnya itu adalah sebaliknya. Dia maut ditempat kejadian. Dan malam tadi kau adalah mangsanya yang terbaru.”

Sam merasakan yang tekaknya tiba-tiba kering.

“ Mangsa akan ditemui didalam teksi rentung tu dibawah pokok mati diselekoh sebelum sampai kekampung ni,”tutur Kyle lagi. Bahu Sam ditepuknya mesra.

Sunguh, Sam kehilangan kata-katanya. Matanya bulat mengambarkan rasa tidak percaya. Memang dia mahu bercuti dikampung Kyle dan mengharapkan agar ada kenangan yang bakal dia perolehi. Tapi dia tidak menyangka bahawa kenangan yang bakal dia bawa pulang nanti adalah sesuatu yang menyeramkan. Sam perlahan-lahan menatap wajah Kyle. Bibirnya terus kelu. Lepas ini entah apa lagi yang menantinya dikampung sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience