BAB 8

Horror & Thriller Completed 2548

“ Naiklah,” ternyata ungkapan itu melegakan hatinya yang gundah-gulana tadi. Terus dia merentap pintu kereta dan masuk kedalam. Sebaik saja pintu ditutup kereta sewa itu bergerak pergi.

Sam tersandar kekenyangan dan keletihan. Kepalanya ditolehkan kekiri sambil melepaskan pandangannya kearah luar yang gelap. Cahaya neon semakin berkurangan apabila mereka bergerak semakin jauh meninggalkan kawasan bandar.

Sepanjang perjalanan dia hanya ditemani dengan kesunyian. Lelaki yang sedang menandu itu tidak bersuara walau sepatah pun. Mungkin dia jenis lelaki pendiam. Sam tidak mahu memikirkan lagi. Yang penting dia sampai ke rumah Kyle. Yang lain tolak tepi. Pada perkiraannya sampai saja dirumah Kyle nanti dia mahu berehat sepuasnya.

Sedar-sedar kereta bergerak melintasi kawasan kampung yang sunyi. Tidak banyak deret rumah yang dia lihat. Satu persatu ditinggalkan jauh kebelakang.

Sam terkejut apabila ada cahaya terang menyuluh dari kereta yang ditumpanginya. Serentak dengan itu dia merasakan yang pemandu tadi mula meningkatkan kelajuannya. Sam diasak rasa ragu-ragu. Mulanya dia hanya mendiamkan diri namun apabila merasa yang teksi itu bergerak semakin laju akhirnya dia bertanya “ Kenapa ni pak cik?”

Lelaki yang bertindak sebagai pemandu itu tidak menjawap.

“ Jangan toleh belakang!” Sam tersentak apabila dia ditegur. Seakan-akan lelaki itu tahu yang dia mahu melihat apa yang ada dibelakang teksi ketika itu. Cahayanya cukup terang. Siapa yang mengekori mereka? Dan kenapa pula pemandu itu kelihatan mengelabah dan takut-takut?

“ Kenapa ni pak cik. Pak cik bawak laju sangat ni,” giliran Sam pula menegur. “ Biarkan aje kereta kat belakang tu potong.”

Apa yang dia rasa mereka bagaikan berlumba. Kenderaan dibelakang bergerak laju untuk memotong manakala lelaki itu pula berterus memecut teksinya. Kau nak berlumba itu kau punya pasal. Masalahnya aku ada menumpanng dalam teksi engkau, tolong hargai nyawa aku! Seranah Sam didalam hati. Kecut juga perutnya bila berada didalam kereta yang bergerak terlalu laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience