BAB 6

Horror & Thriller Completed 2548

Hampir tiga jam kemudian bas mampu bergerak lancar semula. Sam yang sudah diasak dengan rasa bosan akhirnya mengeluh lega. Jam ditangannya dikerling lagi. Mungkin dia terlewat sampai dibandar sebelum bertolak ke kampung Kyle.

Menghampiri satu jam berikutnya sekali lagi bala menimpa. Kali ini bas mengalami gangguan enjin. Sam yang hampir terlelap dikerusi terjaga apabila tubuhnya tersentak seperti disentap oleh seseorang. Dengan rasa mamai dan letih dia membuka mata. Memerhatikan kearah pinggir jalan. Penumpanng dikerusi belakang dan depannya mula menceceh. Tidak pula dia dengar butir percakapan mereka.

“ Apa hal ni?’ dia bersuara. Meminta jawapan dari yang lain.

“ Tak tahu.....engin tersenggut-senggut pulak. Bas rosak kot,” dia mendengar tetapi tidak pasti siapakah yang bercakap.

Sam mengeluh kecewa lagi tatkala bas mudik dibahu jalan dan akhirnya berhenti. Pemandu bas segera terjun keluar untuk memeriksa enjin. Sekali lagi Sam terperuk kerusinya. Rambutnya yang agak lebat disisirnya dengan tangan. Apa lagi ni? Dia tidak pasti selepas ini apa yang akan berlaku.

Sah, bas mengalami kerosakan yang agak serius. Memaksa mereka menunggu sebuah lagi bas lain muncul untuk menjemput. Hari sudah mula menginjak ke malam. Sam dibadai risau. Pukul berapa nanti aku nak sampai rumah Kyle ? Hatinya berteka-teki.

Dek kerana masalah yang tidak dijangkan akhirnya dia tiba juga dibandar yang dituju. Ketika itu hari sudah lewat. Malam sudah melabuhkan tirai. Jari-jemari jam menunjukkan ke angka sebelas malam baru dia berjaya menginjakkan kaki diperhentian bas.

Perkara pertama yang dia harus lakukan ialah menghubungi Kyle untuk menyatakan kelewatannya. Amarahnya meluap-luap apabila menyedari yang telefon bimbitnya kehabisan bateri. Malang apa pulak yang datang lagi ni, dia bersungut didalam hati. Seperti rusa masuk kampung dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience