BAB 5

Horror & Thriller Completed 2548

Bertemankan pak Abu selaku pemandu keluarga mereka, Sam bertolak ke Puduraya. Tergesa-gesa dia mengalas beg besarnya sambil matanya mencari kaunter tiket. Beberapa orang ulat tiket menghampiri dan bertanyakan destinasinya. Sengaja dia tidak mahu melayan. Beberapa kaunter yang menghala ketempat yang sama diperhatikan. Kemudian dia membuat keputusan untuk mengambil tiket disalah satu kaunter.

Sementara menanti basnya bertolak Sam mengambil keputusan untuk makan dahulu kerana kebetulan waktu sudah merangkak ke tengahari.

Ketika bas ingin bergerak dia tergesa-gesa turun ke platform. Selesai memeriksa tiket dia bergerak masuk kedalam perut bas. Tercangak-cangak dia memilih kerusi. Mujur kerana penumpang tidak penuh membuatkan dia boleh pilih mana-mana kerusi yang dirasakan selesa. Sedapatnya dia mahu bersendirian sepanjang perjalanan.

Perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan kepesatan ibu kota yang terus hangat. Meninggalkan kesibukan dan kerancakan yang ada.

Dia mahu menyedut udara segar kampung. Mendengar kokokan ayam tatkala subuh menjelma. Mahu mendengar suara kambing dan lembu kalau ada. Kampung Kyle masih lagi menjadi misteri. Itulah yang ingin dia teroka sepanjang musim cuti kali ini. Jauh dilubuk hatinya dia berharap biarlah ada kenangan indah dan manis yang akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur sebagai buah tangan.

Perjalanan yang disangkanya mudah ternyata meleset sama sekali. Entah apa nasibnya ketika melewati lebuhraya menuju utara, perjalanannya tersekat. Ada kemalangan yang membabitkan beberapa kenderaan didepan membuatkan perjalanan bas terhalang. Sam yang duduk terperuk dikerusi mula gelisah tatkala bas bergerak terlalu perlahan. Adakalanya berhenti lama. Kalau macam ni bila masa pulak aku nak sampai? hatinya bersungut. Beberapakali lehernya dipanjangkan meninjau kearah depan. Yang mampu dia lihat cumalah deretan kenderaan yang berbaris panjang. Kawasan kemalangan mungkin masih berada jauh didepan. Sam menyandarkan tubuhnya dengan perasaan sebal. Jam dipergelangan tangannya acapkali juga dikerling dengan rasa tidak puashati. Jangan lambat aku sampai sudah, desisnya lagi didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience