BAB 1

Horror & Thriller Completed 2548

Matanya Sedari tadi tertancap pada beg yang diletak di atas katil. Matanya terkebil-kebil sambil otaknya ligat berfikir. Hujung ibu jari diletakkan dibibirnya. Dahinya juga berkerut seribu.

Ada lagi ke barang yang tinggal? Tidak henti-henti benaknya diasak dengan soalan yang sama. Baju, seluar, peralatan mandian semua itu berputar-putar memenuhi tempurung kepalanya. Takut ada yang tertinggal.

Cuti semesta ini dia akan berkunjung ke rumah salah seorang sahabatnya dikolej. Sudah lama dia merancangan percutian ini. Lebih-lebih setelah habis menduduki peperiksaan dia memerlukan sesuatu yang tenang dan damai.

Samuel atau lebih mesra disapa dengan panggilan Sam adalah anak muda yang dibesarkan ditengah-tengah hiruk-pikuk kota sejak dari kecil lagi. Hutan batu ini sudah muak dipandang. Bosan.

Baginya tidak ada yang menarik perhatiannya dikota besar seperti Kuala Lumpur. Biar pun orang lain mungkin berlumba-lumba mahu menjadi penguni kota, namun tidak padanya. Dalam erti kata yang lain dia sudah jelak. Hari-hari terpaksa menghadam benda yang sama. Sibuk sepanjang masa. Telinganya sudah pekak dengan segala bunyi yang ada dikota ini. Dia ingin lari.

Dia mahu sesuatu yang baru dan segar. Sesuatu yang jarang dia kecapi. Tentu saja keindahan kampung menjadi impiannya. Sejak kebelakangan ini suasana tenang kampung sering mengamit hati dan perasaannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana merasa hidup ditengah-tengah kampung. Dia terlalu ingin merasainya.

Lantas hasratnya itu diluahkan pada teman sebiliknya, Kyle. “ Cuti ni aku nak ikut kau balik kampung.”

Kyle terkejut. Berkerut dahinya menatap wajah bujur sirih Sam. Anak muda berambut panjang mencecah bahu itu sekadar tersengih dibirai katil.

“ Habis exam aku nak kesana,” sambung Sam lagi.

“ Kenapa kau nak balik kampung aku? Family kau tak makan angin ke, ke luar negeri,” setahu Kyle, Sam lahir dari keluarga yang berada. Setiap kali hendak bercuti pasti mencari destinasi luar negara. Bukan seperti keluarganya yang kais pagi makam pagi dan kais petang makan petang. Hendak menghantarnya dulu belajar ke kolej pun sampai bergolok bergadai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience