BAB 7

Horror & Thriller Completed 2548

Paling tidak pun dia harus mencari telefon awam. Lalu dia menyusur kaki lima perhentian bas mencari. Pun begitu sekali lagi dia diterjah kecewa apabila telefon yang sepatutnya digunakan untuk waktu kecemasan, rosak. Sam tercegat lagi. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia menendang pondok telefon itu. Memikirkan dia berada ditempat awam, disabarkan juga hatinya yang sedang mendidih.

Sam akhinya membuat keputusan nekad. Apa cara sekalipun dia akan tetap pergi ke rumah Kyle. Kemudian dia mengambil keputusan untuk memenuhkan perutnya dahulu. Kebetulan sejak makan tengahari tadi dia langsung tidak menjamah apa-apa.

Sam masuk kedalam sebuah restoran yang masih lagi dibuka.Tidak ramai pengunjung. Menjadikan dia boleh memilih tempat yang selesa untuk menjamu selera.

Usai makan dia bergerak semula keperhentian bas. Tidak ada bas sangkut-sangkut disitu. Lapangan tempat letak bas juga kosong. Yang ada cuma dua buah bas ekspress yang tentunya menghala kedestinasi jauh. Beg sandangnya diletakkan dibahu jalan. Tertoleh kekiri dan kanan. Sam mula diburu resah apabila menyedari yang waktu makin menginjak ketengah malam. Apa cara aku nak ke rumah Kyle ni? Ligat otaknya berfikir.

Mungkin saja malam ini dia menyewa bilik hotel? Ketika sedang asyik menimbang akan tindakan yang bakal dibuat sedar-sedar ada sorotan lampu mengenai wajah dan tubuhnya. Sam menoleh dan mendapati sebiji kereta sewa bergerak perlahan menghampirinya. Langsung dia mengukir senyum. Ada jugak teksi malam-malam ni, hatinya melompat riang.

Sam menundukkan kepalanya sebaik saja teksi tersebut berhenti disisinya. “ Nak kemana ni dik?” tegur lelaki separuh umur didalamnya. Wajahnya tidak begitu jelas.

“ Nak ke kampung Teluk Dalam,” balas Sam dengan hati yang berdebar-debar. Manakan tidak andai lelaki itu tidak mahu menghantarnya terpaksa dia tercegat lagi disitu ditengah-tengah malam buta begini. Memikirkan dia berada ditempat asing membuatkan dia merasa tidak senang. Keselamatannya mudah terancam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience