BAB 3

Horror & Thriller Completed 2548

“ Tu kau jangan khuatirlah Zam. Aku tak kan nak komplen apa-apa pulak,” sahut Sam dengan senang hati.

“ Tapi aku kena balik rumah dulu nak uruskan hal lain sebelum bertolak,” ucap Sam tidak lama kemudian.

Kyle deras berpaling. “ Maksud engkau?”

“ Aku mungkin lewat dalam dua tiga hari. Nanti kau kasilah alamat kampung engkau. Biar aku pergi sendiri. Adventure sikit,” Sam ketawa halus.

Kyle kemudiannya menganggukkan kepalanya. “ Sukahati engkaulah Sam. Nanti aku bagi alamat engkau. Kalau engkau sesat nasib engkaulah.”

“ Susah sangat ke nak cari kampung engkau Zam?” perli Sam. Macamlah dia boleh sesat.

“ Susah tu taklah tapi memang jauh sikit dari bandar.”

Sam termenung sebentar. Kemudian dia memandang lagi kearah Kyle. “ Apa? Kampung kau ni dalam hutan ke?”

“ Mana ada,” bantah Kyle. Sam ketawa makin kuat.

“ Satu lagi sebelum aku terlupa. Kalau boleh jangan lewat sangat sampai kampung aku,” ucap Kyle sambil menepuk kepala lutut sahabatnya itu.

“ Yelah aku tak kan lewat.”

“ Ingat pesan aku tu,” pesan Kyle sekali lagi.

Sam hanya mengangguk. Bosan pula diingatkan begitu. Macamlah dia budak kecil yang perlu diawasi selalu.

Seperti ditampar sesuatu Sam tersedar dari lamunannya. Bergegas dia memeriksa segala keperluannya dikampung Kyle nanti. Tidak mahu ada yang tertinggal. Memikirkan mungkin antara rumah Kyle jauh dengan kedai membuatkan dia lebih berhati-hati. Tidak mahu percutiannya nanti menjadi sulit hanya kerana perkara-perkara kecil dan remeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience