BAB 7

Horror & Thriller Completed 482

Menurut mak cik Kiah,mayatnya ditanam berhampiran kebun kepunyaan arwah.Mak cik Kiah turut menjelaskan sebabnya mengganggu mak cik Usna .Semuanya atas dorongan perasaan keibuan.Menurut mak cik Kiah,dia dapat merasakan perasaan anaknya yang menderita sejak kebelakangan ini.Rupa-rupanya mak cik Usna ingin mengahwinkan Amylea dengan seorang lelaki kaya dari bandar.Namun,lelaki tersebut telah lanjut usianya.Amylea tidak bersetuju dengan rancangan ibunya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana sikap mak cik Usna yang keras.Mak cik Kiah muncul mengganggu hidup mak cik Usna kerana ingin membantu menjamin kebahagiaan anaknya.Mak cik Kiah tidak mahu kebahagiaan anaknya dimusnahkan oleh mak cik Usna . Cukuplah dengan dirinya yang menjadi mangsa mak cik Usna .Tambahan pula,mak cik Kiah amat menderita kerana mayatnya yang tidak diuruskan dengan baik.Jadi mak cik Kiah mengharapkan bantuan daripadaku untuk membongkarkan perbuatan mak cik Usna agar jenazahnya disemadikan dengan baik.Yang penting,anaknya dapat melepaskan diri daripada menjadi mangsa ketamakan mak cik Usna .

Petang itu aku mengikuti ayah berkunjung ke rumah mak cik Usna .Keadaan rumah tersebut masih muram dan menyeramkan.Mak cik Usna terbaring dalam biliknya dengan wajah yang kuyu dan sekali sekala menjerit kecil dengan rupa ketakutan."Pergi!pergi!jangan ganggu hidupku!!!!!"menurut Amylea ,itulah kata-kata yang terlontar dari mulut mak cik Usna sejak pagi tadi.Pada ketika itu,aku berasa sedih dengan keadaan mak cik Usna .Kini dia telah menerima balasan atas segala perbuatannya pada masa lalu.Dengan terketar-ketar,aku menghampiri mak cik Usna dan mengusap lembut wajahnya sambil melembarkan sebuah senyuman manis kepada mak cik Usna ,dan aku pasti yang memandangku kini ialah mak cik Kiah.Segala-galanya akan berakhir tak lama lagi,akanku bantu mak cik Kiah memastikan anaknya mencapai kebahagiaan dalam hidupnya dan akuku pastikan juga mak cik Usna menerima hukuman atas perbuatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience