BAB 2

Horror & Thriller Completed 482

"Kembalikan nyawaku!!!!Kembalikan anakku!!!!Mati kau..mati kau!!!!!!"jerit Mak Usna sambil menarik-narik rambutnya.Ada kalanya Mak Usna bertindak menghentakkan kepalanya ke dinding.Darah merah mengalir setiap kali Mak Usna menghentakkan kepalanya ke dinding lantas dinding bilik berlumuran dengan darah Mak Usna .Keadaan Mak Usna bertambah buruk apabila Mak Usna semakin rancak menghentakkan kepalanya ke dinding sambil diiringi oleh bunyi hilaian yang memenuhi ruang bilik dan menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang berada di situ.Mak Usna ketika itu bagaikan telah berubah menjadi seorang yang amat asing bagi kami.Dalam keadaan yang samar-samar itu,aku dapati kadang kala bagaikan terlihat wajah lain di sebalik wajah Mak Usna .Aku berasa semakin gerun.Memandangkan keadaan Mak Usna yang semakin tak terkawal itu,maka bapa meminta aku pergi meminta pertolongan daripada penduduk kampung yang lain.

Dengan langkah yang pantas,aku berlari selaju-lajunya menuju ke rumah jiran lain.Tak sampai lima minit,berita perubahan Mak Usna yang menakutkan itu sudah tersebar di seluruh kampung.Rumah Mak Usna yang dulunya sepi kerana jarang dikunjungi orang lain kini riuh dengan suara penduduk kampung.Ruang rumah Mak Usna semakin dibanjiri oleh penduduk kampung yang ingin mengetahui apa yang berlaku.Sesetengah penduduk datang dengan hati yang bersimpati manakala sesetengahnya pula dapat aku rasakan datang untuk melihat balasan yang diterima oleh Mak Usna yang buruk sikapnya itu.

"Aku nak balik!!!Aku nak balik!!!Lepaskan aku!!!"ruang rumah bergema dengan jeritan Mak Usna itu.Keadaan menjadi semakin riuh dengan Mak Usna yang ingin meninggalkan rumah tersebut.Tiada siapa yang tahu ke mana dia hendak pergi dan dia hendak balik ke mana.Keadaan Mak Usna amat menakutkan sesiapa sahaja yang memandang.Darah berlumuran membasahi wajah Mak Usna ,rambutnya yang mengerbang,matanya yang begitu merah dan tajam menjeling kesemua orang dan kadang-kala pula dia ketawa serta mengilai dan menangis pula secara tiba-tiba.Mak Usna ketika itu juga menjadi seorang yang amat kuat tenaganya.Bayangkan seorang wanita perlu ditahan oleh lima,enam orang penduduk kampung yang besar tubuh mereka untuk mengelakkannya melepaskan diri.Akhirnya Mak Usna tak sedarkan diri setelah iman kampung,Ngah Rahman membacakan ayat-ayat suci diiringi oleh semua penduduk kampung yang berada di situ.Beberapa orang penduduk kampung diarahkan berada di situ menemani Mak Usna dan Amylea .Aku dan bapa bersama dengan penduduk kampung yang lain balik ke rumah masing-masing dengan perasaan yang letih dan gerun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience