BAB 1

Horror & Thriller Completed 482

"Kembalikan anakku!Kembalikan anakkku.....!!!!"masih jelas pada ingatanku akan keadaan Mak Usna yang menjerit-jerit mengulangi ayat tersebut.
Malam ini aku berasa sukar untuk melelapkan mata.Di ruang mataku masih terbayangkan keadaan Mak Usna ,janda Pak Musalim sebentar tadi.Baru tadi aku dan bapa balik dari rumah jiran kami itu.Pak Musalim baru sahaja meninggal dunia empat bulan yang lepas meninggalkan Mak Usna dan anak mereka,Amylea .Arwah merupakan seorang yang disukai ramai kerana sikapnya yang menyenangkan sesiapa sahaja.Namun sebaliknya pula dengan Mak Usna yang tidak begitu digemari penduduk kampung kerana sikapnya yang suka mengumpat dan memandang rendah pada orang lain mungkin kerana Pak Musalim boleh dikatakan orang yang mempunyai lebih harta berbanding dengan penduduk lain di kampung kami.Dengan harta peninggalan suaminya,perangai buruk Mak Usna semakin bertambah.Oleh itu,penduduk kampung jarang ada yang mahu bergaul atau bertandang ke rumah Mak Usna .Agaknya disebabkan inilah maka Amylea datang meminta pertolongan bapa kerana bapa dulu berkawan baik dengan arwah.
Masih aku ingat,semasa menyiapkan kerja sekolah petang tadi,tiba-tiba Amylea ,anak dara Mak Usna yang cantik itu berlari bagaikan dikejar hantu ke rumah kami.Dengan suara yang terketar-ketar,Amylea meminta bapa agar pergi ke rumahnya tolong lihatkan keadaan ibunya yang berubah secara tiba-tiba itu.Atas dorongan perasaan hairan,maka aku juga memilih mengikut bapaku ke rumah Mak Usna yang letaknya tak jauh dari rumah kami.
Ketika sampai di rumah Mak Usna ,aku dapat rasakan bulu roma aku meremang serta-merta dan hatiku menjadi tak senang bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku.Ah,segera aku menepis perasaan yang menyeramkan itu.Baru saja menjejakkan kaki ke rumah Mak Usna ,tiba-tiba kami dikejutkan oleh bunyi hilaian yang menyeramkan.Segera Amylea berlari masuk ke bilik ibunya diikuti oleh aku dan bapa.

Aku berasa semakin tak senang hati sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik Mak Usna .Bilik tersebut agak gelap padahal ketika itu cuaca masih terang.Keadaan bertambah menyeramkan dengan keadaan Mak Usna .Mak Usna ketika itu duduk terperosok di sudut bilik dengan matanya yang merah dan rambutnya yang mengerbang itu.Sebaik sahaja ternampak kami,Mak Usna segera menerpa ke arah bapa hendak mencekik bapa.Dengan segera bapa mengucapkan ayat-ayat suci sambil cuba menenteramkan Mak Usna .Aku dan Amylea terpaku melihatkan keadaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience