BAB 5

Horror & Thriller Completed 482

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata.Aku berasa cemas dan gelisah.Aku dapat rasakan bagaikan terdapat sepasang mata dengan renungan tajam mengekori setiap pergerakkanku.Aku berasa gelisah dengan keadaan tersebut.Dapat aku rasakan bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku sebentar nanti.Malam semakin larut namun aku masih tidak dapat melelapkan mata.Hujan kini juga mula turun dengan lebatnya.AH...sepatutnya cuaca begini pasti enak tidur,namun entah apa yang menyebabkan aku tidak dapat melelapkan mata.Bagaikan ada kuasa yang melarang aku berehat.Tiba-tiba bulu roma aku meremang dan angin mula bertiup kencang di luar situ.Sayup-sayup kedengaran bunyi salakan anjing dari rumah sebelah.Tiba-tiba pula bilik aku dipenuhi bau harum yang tidak aku pasti.Yang aku pasti, dugaan Allah sudah tiba.
Secara spontan aku membuang pandang ke arah sudut bilik dan sama seperti apa yang telah aku jangkakan,sesusuk tubuh dengan baju kebaya putih berdiri tegak di situ.Aku cuba kuatkan semangat untuk mengamati wajah tuan punya tubuh tersebut.Dalam samar-samar aku mendapati wajah tersebut agak pucat.Namun begitu,wajah tersebut agak manis dan ayu.Aku menjadi takut mendapati susuk tubuh wanita tersebut semakin hampir dengan diriku.Dalam sekelip mata, tubuh tersebut sudah berada di sisi katilku.Aku menjerit sambil menutup diriku dengan selimut dan menutup rapat mataku.Badan aku menggigil dan peluh mula membasahi tubuhku.Aku tidak pasti sama ada tubuh tersebut masih berada di sisi katilku atau tidak kerana aku tidak berani untuk membuka mata.

"Min,mak cik tahu Min takut..tapi jangan risau kerana mak cik tak akan apa-apakan Min."jantungku bagaikan hendak terhenti apabila wanita tersebut mula berkata-kata.Tambahan pula suara tersebut kedengaran amat pilu."Sebenarnya mak cik ingin meminta bantuan Min..Min tolong mak cik ya..kalau Min tak tolong,mak cik akan terus mengganggu Usna .."wanita tersebut mula menceritakan asal-usulnya serta apa yang telah berlaku.Turut wanita tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Kiah menjelaskan tujuan kemunculannya serta bantuan yang diperlukan. Aku mendengar dengan sepenuh hati walaupun masih diselubungi perasaan takut.Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi dan tidak lagi kedengaran suara wanita tersebut.Dengan perlahan-lahan aku menurunkan selimut yang menutupi wajahku.Lega rasanya mendapati wanita tersebut tiada lagi dalam bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience