BAB 3

Horror & Thriller Completed 482

Jam sudah menunjukkan tepat dua belas malam namun aku masih tak dapat melelapkan mata.Aku tak dapat melelapkan mata kerana masih teringatkan kejadian di rumah Mak Usna petang tadi.Tambahan pula,sejak balik dari rumah Mak Usna ,aku berasa serba tak kena dan dapat aku rasakan bagaikan ada sepasang mata yang mengekori setiap pergerakkanku.Bulu roma aku juga sering menegak secara tiba-tiba dan keadaan menjadi dingin padahal malam itu cuaca agak panas.Sayup-sayup pula kedengaran bunyi bisikan di cuping telingaku.Aku menjadi semakin rimas dan tak senang hati dengan keadaan ini.Aku tak sedar bila aku terlelap.

"Min,Min tolong mak cik,boleh tak?Mak cik sejuk,mak cik takut,mak cik sakit,mak cik rindukan anak mak cik...."sayup-sayup aku terdengar rintihan pilu daripada satu suara yang tak pernah aku dengar.Segera aku membuka mata dan dalam kegelapan aku terlihat sesusuk tubuh yang berpakaian baju kebaya berwarna putih berdiri di sudut bilik.Wajah itu agak ayu dan manis dan wanita dengan baju kebaya putih itu sempat melemparkan sebuah senyuman kepadaku.Aku menjadi kaku tanpa sempat memberikan tindak balas.

"Min,Min tolong mak cik ya..."Sebaik sahaja melafazkan kata-kata tersebut,wanita tersebut hilang daripada pandanganku.Tiba-tiba aku tersedar daripada keadaan kaku dan tanpa berlengah aku mencubit lenganku."Adui!"lenganku terasa sakit akibat cubitan tersebut.Serta-merta aku berasa amat takut dan badanku mula menggigil ketakutan.Ini bermakna sebentar tadi aku terlihat hantu.....Tiba-tiba aku tidak sedarkan diri.

"Min,bangun Min..jangan menakutkan mak,Min."Aku terdengar suara emak terngiang-ngiang di telingaku.Aku membuka mata perlahan-lahan.Aku mendapati emak dan bapa duduk di sampingku sambil mulut bapa terkumat-kamit membacakan ayat-ayat suci.Emak segera memelukku sebaik sahaja melihat aku mula sedarkan diri.Selepas berehat untuk seketika,aku mula menceritakan apa yang berlaku kepada kedua-dua orang tuaku itu.Dalam kala aku bercerita, aku masih dapat rasakan ada sepasang mata yang asyik memerhatikan aku.

Emak dan ayah tidak mempercayai apa yang aku katakan dan mereka berpendapat itu hanya khayalanku semasa dalam keadaan keletihan serta khayalan yang direka sendiri lantaran peristiwa di rumah Mak Usna petang tadi.Memandangkan kedua orang tuaku tidak menerima apa yang aku katakan,maka aku memilih untuk mendiamkan diri.Namun begitu dalam hati,aku masih tertanya-tanya perisitwa sebentar tadi.Aku bertekad akan menyiasat apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience