BAB 6

Horror & Thriller Completed 482

Aku menarik nafas panjang cuba menenteramkan diri ekoran apa yang berlaku sebentar tadi.Setelah bertenang,aku cuba mengimbas kembali apa yang berlaku serta kata-kata mak cik Kiah sebentar tadi.Aku semakin hairan dengan apa yang berlaku.Perasaan ingin tahu mula menghantui diriku.Kini aku bertekad untuk mencari kebenaran atas segala yang berlaku.Ya,akanku tepiskan segala perasaan takut demi mencari kebenaran atas apa yang berlaku.Aku tidak sedar bila aku melelapkan mata.Namun yang aku pasti aku terlena dengan satu semangat baru dalam diriku.Ya,akanku membantu mak cik Kiah.
Keesokkan harinya, awal-awal pagi lagi aku mengajak emak untuk berbual-bual. Aku memulakan cerita dengan menunjukkan minat tentang peristiwa lalu yang berlaku di kampung kami sambil berkisar di sekitar cerita tentang arwah Pak Rahman.Aku berpura-pura menunjukkan minat yang mendalam tentang arwah dengan harapan dapat mencungkil sedikit sebanyak maklumat yang dikehendaki. Aku menjadi semakin bersemangat untuk mencari kebenaran kisah mak cik Kiah setelah berbual dengan emak sebentar tadi.Menurut emak,arwah pada asalnya mempunyai seorang isteri yang baik budi pekertinya,iaitu Kiah. Namun sebaik sahaja melahirkan seorang bayi,Kiah terus hilang.Kiah bagaikan telah lenyap dari dunia ini.Semua orang tidak tahu ke mana perginya Kiah walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menjejaknya.Tidak lama selepas kehilangan Kiah maka arwah telah mengahwini makcik Usna dengan harapan ada orang yang menolong menjaga makan minumnya dan anaknya.Kehilangan Kiah lama-kelamaan dilupakan begitu sahaja dan Amylea pula tidak diberitahu tentang ibu kandungnya.Peristiwa kehilangan Kiah terus menjadi satu misteri yang akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Setelah mendengar cerita emak,aku cuba membandingkannya dengan dengan apa yang dikatakan oleh mak cik Kiah semalam.Peluh dingin mengalir membasahi bajuku dan aku mula berasa takut memikirkan apa yang dikatakan oleh mak cik Kiah.Menurut mak cik Kiah,mak cik Usna ,sahabatnya sejak kecil lagi yang telah membunuhnya.Mak cik Usna berdendam dengan mak cik Kiah apabila arwah memilih Kiah sebagai teman hidupnya.Hal ini demikian kerana mak cik Usna turut menaruh perasaan terhadap arwah.Maka mak cik Usna sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan mak cik Kiah.Walaupun mak cik Kiah sedar akan rancangan mak cik Usna ,namun dia memilih mendiamkan diri memandangkan persahabatan mereka yang sekian lama.Namun begitu,selepas mak cik Kiah melahirkan anak,mak cik Usna menjemputnya ke rumah dengan alasan telah menyediakan hidangan berkhasiat untuk memulihkan badan mak cik Kiah selepas bersalin.Tanpa curiga,mak cik pun bertandang ke rumah mak cik Usna dan selepas makan mak cik Kiah mula berasa pening kepala.Pada masa itu barulah mak cik Usna menunjukkan belangnya.Dengan kekuatan yang ada tambahan pula pada masa itu mak cik Kiah tidak mempunyai tenaga untuk menentang,maka mak cik Usna menggunakan sebatang kayu memukul mak cik Kiah secara bertuli-tuli sehingga akhirnya mak cik Kiah menghembuskan nafas yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience