BAB 4

Horror & Thriller Completed 482

Keesokkan harinya,emak dan ayah mengajak aku bersama-sama mereka bertandang ke rumah Mak Usna melihat keadaan Mak Usna .Emak turut membawa bersama sarapan yang disediakan untuk Amylea dan Mak Usna .Melihatkan kedatangan kami,maka jiran yang bertugas menemani Amylea dan Mak Usna malam tadi pun meminta diri.Keadaan rumah Mak Usna masih sama seperti kelmarin.Suram dan menyeramkan.Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah mereka,aku dapat rasakan bulu romaku terus meremang.Amylea duduk bersujud di sebelah ibunya di bilik ibunya.Wajah Amylea kelihatan kuyu dan matanya kemerahan-merahan.Agaknya puas menangis akibat keadaan ibunya.Mak Usna pula lebih tenang keadaannya pada masa itu.Mak Usna duduk di birai katil sambil merenung ke luar tingkap.Entah apa yang tenungkannya itu.Rambut Mak Usna kelihatan kusut masai dan ada kalanya dia tersenyum,ketawa secara tiba-tiba dan bercakap seorang diri tanpa mengendahkan orang lain.Emak mengajak Amylea untuk bersarapan dan baru sahaja aku hendak mengekori mereka meninggalkan bilik tersebut,tiba-tiba Mak Usna memandang ke arahku.Aku tidak tahan dengan jelingannya yang tajam itu lalu segera melangkah ke luar bilik.

"Min,Min jangan lupa ya...ha ha ha......."baru sahaja sampai ke muka pintu,tiba-tiba kedengaran suara Mak Usna diikuti dengan hilaian yang menakutkan.Segera aku mempercepatkan langkah ke dapur.Aku menjadi semakin takut dan keliru.Aku binggung sama ada Mak Usna ketika itu merupakan Mak Usna yang sebenarnya ataupun wanita yang aku lihat dalam bilik aku malam tadi.Aku dengan sepenuh usaha cuba menepis perasaan takut itu dan memberanikan diri melangkah masuk ke bilik Mak Usna .Baru saja sampai di muka pintu,Mak Usna terus menoleh ke arahku dengan satu senyuman di mukanya.Walaupun aku berasa takut dengan situasi tersebut,namun aku memberanikan diri melangkah masuk ke dalam bilik.Aku berdiri agak jauh dari katil Mak Usna .Mak Usna mengilai perlahan melihatkan perlakuanku itu.

"Mak Usna ...."aku cuba memulakan perbualan dengan menegur Mak Usna ."Ahhhh!!!!!Aku bukan Mak Usna ...perempuan jahanam tu!!Aku Kiah..Kiah gadis pujaan Bang Musalim..."kata Mak Usna sambil tersenyum kemalu-maluan.Tiba-tiba Mak Usna menangis teresak-esak."Kiah rindu Bang Musalim,Bang Musalim......Kiah sakit,badan Kiah panas......"aku berasa seram mendengar rintihan pilu Mak Usna itu.Pada masa yang sama,aku binggung ndengan apa yang berlaku.Kiah? Siapa pula Kiah yang dikatakan Mak Usna itu???Tidak dapat aku lupakan riak wajah Mak Usna ketika mengatakan dirinya sebagai Kiah dan ketika nama arwah Pak Musalim disebut.Wajah Mak Usna kelihatan begitu mesra dan ayu tidak sama seperti Mak Usna yang aku kenali,sombong dan garang.Tanpa berfikir panjang,aku lantas berlari meninggalkan bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience