PART 7

Drama Completed 7015

Syafa pegang erat fail yang berada di tangannya. Bibir dia tak henti ukir senyuman sebaik sahaja Shahin bersetuju untuk berjumpa dengan dia. Dia dah terlalu banyak berdosa pada Shahin.

Dan kali ini dia nekad.

Dia patut patuh pada arahan Shahin. Mungkin dia masih ada harapan untuk sembuh.

Sebaik sahaja Syafa melangkah masuk ke dalam bangunan hospital, lif dituju. Namun hampir Syafa menangis bila melihat yang papan tanda bahawa lif hospital kini dalam proses membaiki.

Syafa hela nafas lemah. Nampaknya dia memang kena naik tangga. Takpelah, bukan tinggi mana wad yang Shahin duduk. Adalah dalam tingkat 3.

Perlahan kaki dilangkah ke arah tangga sebelum dia mula menaiki tangga. Mata Syafa masih tepat pada fail yang berada di tangannya. Dalam fail ni,  ada cerita yang dia tulis khas untuk abang dia.

Cerita yang pernah dia usahakan sebelum ni namun terhenti sebaik sahaja abangnnya disahkan tenat. Dan kini cerita yang dia tulis dah tamat. Dan dia nak orang pertama yang baca cerita tersebut adalah abang dia sempena hari lahir mereka.

Ralit Syafa tersenyum, dia dikejutkan dengan deringan telefon milik dia. Baru sahaja dia nak capai telefon di dalam poket seluar, kakinya tergelincir.

Dan kepala Syafa terhentak pada tangga sebelum fail di tangan dia terlepas.

"Argh! "

Dan mata Syafa terkatup.

>>>>>>>

6 tahun berlalu

"Syafa, kau dah lewat nak pergi interview ni!! " berdentum rumah sewa Syafa dengan jeritan Anna. Syafa yang masih lagi berusaha untuk pakai tudung mula kalut.

"Kejap! "

Syafa menjerit, membalas jeritan Anna yang tak henti-henti memanggil dia dari tingkat bawah. Syafa kalut capai stoking sebelum disauk pada kakinya. Setelah itu, dia tilik badannya di hadapan cermin.

Baju dah kemas. Tudung pun takde kedut. Kira ok dah ni!

Kaki Syafa kembali melangkah ke arah meja belajar sebelum pandangannya jatuh pada dua bingkai gambar di atas meja tersebut.

"Mama, Syafa nak pergi interview dulu. " Syafa capai bingkai gambar Luan Sharina sebelum dia kucup laju. Puan Sharina baru sahaja pergi meninggalkan dia namun Syafa beruntung dia masih ada kawan-kawan di sisi dia.

Dan kali ini mata Syafa beralih pada bingkai gambar seterusnya. Gambar dia dan Shahin.

Tapi sayang, dalan gambar ni Syafa langsung tak tersenyum.

Childish betul dia. Kalaulah dia tak ikut perasaan dulu, mungkin dia akan ada gambar dengan Shahin. Wajah Shahin yang tersenyum manis Syafa tatap lama.

Syafa rindu abang.

Rindu sangat-sangat.

"Syafa pergi dulu. " dan bingkai gambar itu dikucup sekilas sebelum kaki Syafa laju berlari ke tingkat bawah. Sebaik sahaja pintu rumah selesai dikunci, dia kalut berlari ke arah kereta milik Anna.

"Tutup pintu cepat!  Kita dah lewat! "

"Yaaa. "

Dan laju Syafa tutup pintu kereta. Fuh, hari nak interview macam nilah dia terbangun lewat.

Kereta Anna laju membelok di selekoh jalan.

"Syafa. "

"Ya? "

"Petang nanti Emir yang akan ambil kau. "

Zap!

Laju kepala Syafa ditoleh ke arah Anna yang masih lagi tekun memandu. Wajah Syafa kelat.

"Kenapa pulak dia yang kena ambil aku? " jelas suara Syafa kedengaran tak puas hati.

Anna ketawa kecil.

"Itu kau tanya si Emir sendiri. "

Dan Syafa mendengus tak puas hati. Bukan sebab apa,  sebab Syafa memang kalut kalau hanya mereka berdua saja.

>>>>>>>

"Terima kasih. "

Dan kaki Syafa laju melangkah keluar daripada syarikat yang baru sahaja dia selesai interview. Sebaik sahaja angin mula menampar lembut pipi Syafa, senyum mula terukir di bibir Syafa.

Dia lega.

Teramat lega kerana di dalam syarikat tadi terlalu ramai orang berkerumun buatkan dia rasa sesak. Mata Syafa kembali terbuka sebelum matanya meliar mencari kelibat Emir.

Dah Anna kata Emir yang nak jemput dia hari ni. Dan tak semena-mena ada air yang mula rintik-rintik turun membasahi bumi.

Syafa dongakkan kepalanya dan disambut dengan payung. Kedu.

Laju Syafa toleh belakang.

Emir tegak di belakangnya sambil memegang payung untuk melindungi kepala dia. Senyum kecil terukir di bibir merah si lelaki. Syafa Agak kekok.

Belum pernah dia berkongsi payung dengan mana-mana lelaki sebelum ni.

"Jom kita masuk kereta. Hujan dah mula turun. " suara garau Emir lembut mengajak Syafa. Syafa anggukkan kepalanya sedikit kekok sebelum menuruti langkah Emir yang sedikit besar.

Mereka berhenti di tepi sebuah kereta  Audi berwarna hitam sebelum Emir bukakan pintu bahagian penumpang buat Syafa.

"Emir. "

Dan Emir tunduk memandanv wajah Syafa yang sedikit pendek daripada dia. Kening kanan Emir yang lebat sedikit ternaik.

"Kau tahu kan yang kau tak perlu buat semua ni? "

Dan soalan Syafa dibalas dengan senyum senget dari Emir. Mata si lelaki tajam merenung setiapa inci wajah Syafa.

"Aku tahu apa yang aku tengah buat sekarang. " dan selamba Emir tutupkan pintu untuk Syafa. Setelah selesai, dia duduk di bahagian pemandu sebelum  kereta dihidupkan.

Atmosfera di sekeliling mereka masih lagi beku.

Sebaik sahaja kereta muka meluncur di atas jalan raya, Emir mula untuk membuka mulut.

"Syafa, boleh kau tolong ambilkan beg hitam dekat bahagian kaki kau? "

Syafa Agak tersentak dengan arahan tiba-tiba dari Emir namun dia menurut. Perlahan dia menunduk sebelum beg hitam tadi dicapai dan diletakkan di atas ribanya.

"Yang ni ke? "Syafa toleh ke arah Emir dengan mata membulat.

Emir angguk perlahan tanpa melihat.

"Cuba kau buka beg tu. "

Syafa akur. Beg tersebut dibuka dan sehelai sampul surat berwarna coklat menyapa mata. Syafa capai sampul surat tersebut sebelum dihulur pada Emir.

"Bukan untuk aku,  untuk kau. "

Syafa dah naik pelik. Keningnya sedikit berkerut.

"Untuk aku? "

"Ya. " dan Emir angguk.

Syafa buka perlahan sampul surat tersebut dan apa yang menyapa matanya buatkan dia hampir menangis.

Gambar dia dan Shahin berpelukan di hadapan hospital. Jelas wajah gembira mereka berdua sewaktu berpelukan.

"Macam mana"

"Aku yang tangkap. Aku rasa gambar ni lebih baik aku bagi dekat kau. "

Dan Syafa tertunduk. Dia cium gambar tersebut lama.  Matanya panas.

Gembira.

Satu-satunya gambar yang menunjukkan dia dan Shahin gembira.

"Terima kasih. "

"Sama-sama. "

Dan Syafa kembali merenung gambar tersebut. Wajah Shahin dia teliti. Kalau bukan sebab keputusan Shahin waktu dulu, dia mungkin tak akan hidup seperti sekarang.

Terima kasih Shahin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience