PART 1

Drama Completed 7015

Aku ada sorang abang. Aku benci gila-gila dia! Tapi aku tak gila okey.

Sebab apa?

Ada banyak. First semua orang suka puji dia handsome, tapi dia memang handsome pun. Nama abang aku Shahin. Nama panjang dia Shaaaaaaahhiiiiiiiin. Okey sorry sebab bergurau. Nama panjang dia Muhammad Shahin Adry Bin Hakim.

Semua orang sayang dia kecuali aku. Semua orang suka puji dia caring, baik hati, gentleman, blablabla banyak lagi arh.

Aku?

Zero. Sad life huh?

Bila aku kata aku benci dia mesti dia kata "Abang sayang Syaf sorang jer dalam dunia ni."

Haduii..stress aku ada abang macam ni.

Baiklah kali ni aku nak citer hidup aku dengan abang aku. Tajuknya 'ABANG'.

>>>>>>>

"Syaf,Syaf buat apa tu sayang?"suara garau Shahin bergema dari belakang.

Syafa yang tengah menulis terus berhenti. Reaksi spontan kerana terkejut bila tiba-tiba dengar suara Shahin betul-betul di sebelah telinga kanan.

Erk, Shahin?

Laju kedua tangan dia melipat kertas yang dia tulis mengenai abang dia.

"Tak perlulah kemas. Abang janji takkan kacau Syaf." Shahin kini tegak  berdiri di sebelah kanan Syafa dengan senyuman lembut di bibir merahnya.

Anak mata hitam pekat Shahin jatuh pada tangan adiknya yang mengemas kertas dan barang di atas meja belajar.

Perlahan tangan kanan naik menyentuh tangan kanan Syafa, menghalang adiknya daripada berkemas. Namun,  perbuatan dia hanyalah mengundang amarah Syafa.

"Lepaslah !"Terus Syafa tepis tangan abang dia. Nada suara Syafa naik. Dia jeling tajam Shahin sebelum berdiri tegak. Shahin yang memang tinggi dari dia, dia pandang tajam.

Terus berubah wajah Shahin tapi Shahin namun dia berusaha untuk menayang wajah tenang. Syafa di hadapannya dia pandang dendam senyuman.

"Kenapa ni? " lembut dia bertanya namun Syafa tidak membalas.  Sebaliknya dia menyambung mengemas barang sebelum buku miliknya dipegang erat.

"Tepilah! Selalu je menyibuk hal orang lain!" dan Syafa terus berlalu ke tingkat atas.

Shahin pandang kelibat Syafa sehingga tubuh Syafa hilang ke tingkat atas. Setelah itu,  untuk kali keberapa kali dia mengeluh.

Dia tak minta lebih dari Syafa. Dia hanya minta perhatian Syafa.  Namun,  adiknya sering mengelak daripada dia.

Benci sangat ke Syaf dekat abang, sayang?

>>>>>>>>

"Syafa? "

Shahin ketuk perlahan pintu bilik adiknya namun langsung tiada suara yang menyahut. Shahin ketuk lagi.

Lagi dan lagi sehingga sabarnya hilang. Dia tahu adiknya tak suka dia masuk ke bilik dia tapi lantaklah. Siapa suruh tak buka pintu bilik.

Shahin pulas tombol pintu bilik Syafa sebelum dia tolak perlahan. Dan mata Shahin buntang.

Bilik Syafa kosong.

Dan Shahin rasa jantung dia bagaikan nak luruh.

Bukan ke adik dia naik ke tingkat atas tadi?

Atau mungkin seperti biasa Syafa keluar ke taman permainan. Shahin berdecit marah. Agak kecewa dengan Syafa. Kenapa Syafa keluar tanpa beritahu dia dulu?

Laju Shahin turun ke tingkat bawah sebelum keluar daripada rumah. Taman permainan yang terletak agak jauh daripada rumah mereka dituju.

"Syafa!" Mata Shahin meliar di sekeliling taman permainan tersebut sebelum matanya jatuh pada seorang perempuan Yang tengah berlari sambil memakai headphone.

Syafa!

Dan Shahin hembus nafas lega. Langkah Syafa dia Cuba kejar biarpun dia sedar akan akibatnya.

"Syafa!!"Shahin melaung dari jauh sebelum kakinya laju mengejar langkah Syafa di hadapannya.

Syafa buat bodoh. Kaki masih laju melangkah meninggalkan Shahin yang setia mengejarnya dari belakang.

Abang dia ni tak reti bahasa atau lembap? Kalau orang dah tak suka buatlah cara orang tak suka!

Ini nak menempel aje kerjanya!

Headphone di kepala dia tarik rapat sebelum lagu ditukar kepada lagu We Don't Talk Anymore.

Sesaat.

Dua saat.

Zap!

"Syafa!!"

Dan lengan Syafa dipaut dari belakang. Kasar.

Syafa matikan langkah sebelum kepala dipusing me arah kiri, tak nak lihat wajah Shahin. Wajah Shahin dah berpeluh namun dia tetap ukir senyum manis biarpun adiknya langsung tak memandang wajah dia.

"Kenapa Syafa keluar tak bagitahu dekat abang dulu? "Lembut Shahin bertanya namun Syafa hanya diam.

Syafa peluk tubuh sebelum matanya dilarikan daripada memandang anak mata abangnya. Gigi diketap geram, cuba menaham marah.

Dia sebal dengan sikap Shahin yang kuat menempel pada dia.

Abang dia ni dah takde life ke sampai asyik terkejarkan dia?!

"Syafa?"Shahin tundukkan kepala untuk pandang waajh Syafa. Dan dia mati kata.

Wajah putih Syafa kini merah. Dan jelas tertulis pada wajah Syafa yang dia akan mengamuk tak lama lagi. Shahin lembut menyentuh bahu Syafa namun, pap!

Tangan Shahin ditepis kasar.

"Let me go! Sebelum Syaf ketuk kepala Shah, baik Shah lepaskan! " nada suara Syafa naik. Dia jeling tajam wajah abangnya.

Dia sebal!

Dan marah!

Wajah Shahin jelas terkejut. Dia melangkah ke depan,  cuba untuk mendekati Syafa namun Syafa laju berundur. Jelas kelihatan pada wajah Syafa yang dia benci akan kehadiran Shahin

Shahin sedikit terasa. Tangan kanan yang terangkat untuk menyentuh Syafa diturunkan. Senyum pahit dihulur sebelum matanya jatuh pada wajah merah Syafa.

Wajah yang jelas jijik dengan kehadiran dia.

Shahin gigit kuat bibir dia.

Pasrah.

"Kenapa Syafa keluar rumah tak bagitahu abang? "

Syafa hela nafas berat sebelum headphone di kepala diturunkan.  Anak matanya jelas menikam wajah Shahin.

"Kenapa Syafa kena bagitahu Shah?"  keras Syafa bertanya sebelum dia palingkan tubun membelakangi Shahin. Baru sahaja dia nak buka langkah,  sekali lagi lengannya dipaut dari belakang.

"Syafa! "

Syafa berpaling marah.  Kali ini sabarnya hilang.

"Let me go! "

Pap!

Kasar dia tepis tangan Shahin sebelum tubuh tinggi di hadapannya dia tolak.

"Apa masalah Shah sebenarnya hah?!  Suka sangat berkepit dekat Syafa?!  Abang tak faham ke yang Syafa benci abang! "

Bergema taman permainan itu dengan jeritan marah Syafa.

Shahin kelu.

Dia kaku.

"Syafa. " dia cuba mendekat namun langkahnya mati bila dijeling tajam oleh Syafa.

"Abang tak faham ke ha?!  Syafa memang benci abang!  Benci!  "

Pap!

Dia tolak tubuh Shahin ke belakang sebelum baju Shahin di dada dia cengkam kuat.

"Abang selalu dapat perhatian dari mama. I hate that!  People always say that you are better than me!  Kenapa?!  Sedangkan kita ni hampir sama. "

Dan pinggir bibir Syafa naik membentuk senyum tajam.

"You know what,  I will hate you till I die. "

Sengaja Syafa berkata begitu.

Kerana dia tahu, Shahin bukanlah seorang yang mudah putus asa. Dan dia suka melihat abangnya yang seakan dahagakan kasih sayang dia.

Namun,  bukan untuk kali ini.

Wajah Shahin kali ini jelas terluka.

Dia pandang wajah Syafa lama,  seakan menunggu Syafa berkata bahawa itu adalah gurauan. Namun,  dia kecewa.

Senyum hilang dari bibirnya.

Perlahan, tangan Shahin naik sebelum menolak tangan Syafa dari tubuhnya. Wajah Shahin jelas dia kecewa.

"Sampai macam tu sekali Syafa benci abang? "Suara Shahin serak.

Diam.

Syafa keraskan wajah. Berlakon agar dia tak terkesan dengan wajah Shahin.

Dan Shahin mengalah. Dia ukir senyum pahit pada bibir merahnya. "Abang minta maaf. "

Dan segera Shahin berlalu. Meninggalkan Syafa yang terkelip-kelip.

Buatkan Syafa terpaku.

Itu aje?

Pelik.

Biasanya abang dia akan tetap merayu pada dia dan kejar dia tapi kali ini, Shahin berlalu pergi. Syafa ketap bibir. Bersalah.

Kasar sangat ke dia pada Shahin?

Tak.

Mungkin Shahin memang layak untuk kena macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience