PART 5

Drama Completed 7015

Shahin mengeluh kuat. Wajah pucat milik Syafa dia tatap lama. Hati Shahin kini gundah. Peristiwa Syafa yang tiba-tiba sahaja pengsan di taman hospital masih lagi dia tak dapat lupakan.

Erat tangan kanan Syafa yang kecil dia genggam. Mata Shahin berkedip perlahan. Ralit. Memerhati wajah Syafa yang jelas kelihatan lingkaran hitam di bawah mata.

Dan baru Shahin perasan sesuatu.

Syafa pakai baju hospital, sama sepertinya tadi.

Kenapa?

Kenapa adiknya pakai baju hospital sedangkan adiknya sihat. Ataupun Syafa sakit kerana letih menjaga dia.

Tak mungkin.

Nafas dihela kuat.

Krek.

Dan kepala Shahim ditoleh ke arah pintu wad. Anak mata Shahin bertembung dengan mata bundar Puan Sharina. Wajah tua itu juga sedikit pucat. Senyum Puan Sharina ukir sebelum dia tutup perlahan pintu di belakangnya.

Tubuh Shahin dia hampiri sebelum lembut tangan kanan Puan Sharina naik mengusap kepala anak lelakinya.

"Kamu tak nak balik wad kamu ke?  Dah lewat ni Shahin. Shahin kena tidur dan berehat. " lembut Puan Sharina bertanya.

Shahin baru sahaja tersedar. Terlalu lama dia menunggu Syafa bangun sehingga tidak sedar masa sudah banyak berlalu.

"Dah pukul berapa mama? "

Puan Sharina jeling sekilas jam tangan miliknya di pergelangan tangan kiri.

" Hampir pukul 11 malam. "

Shahin anggukkan kepala. Perlahan dia turun dari katil sebelum cuba berdiri. Puan Sharina paut lembut bahu anak lelakinya, cuba memberi sokongan namun ditolak lembut oleh Shahin.

Shahin tundukkan badannya sebelum dahi pucat milik Syafa dia cium lembut. Berharap agar adiknya akan segera bangun dan buka kelopak mata.

"Abang balik wad abang dulu. Syafa jangan tidur lama sangat macam abang ok? " lembut Shahin berbisik. Sesekali tangan Shahin naik meraup rambut hitam pekat milik Syafa.

Wajah Syafa dia tatap buat kali terakhir sebelum dia kembali tegak. Tubuh Puan Sharina dia tatap.

"Shah balik wad dulu. "

"Shahin. "

Dan Shahin tak jadi melangkah. Mata kembali menatap wajah ibunya. Kedua kening lebat milik Shahin terangkat.

"Mama teman Shahin balik wad boleh?  Mama nak bagitahu Shahin sesuatu. "

Dan Shahin akur. Mereka jalan beriringan ke wad milik Shahin. Sebaik sahaja anak lelakinya sudah labuhkan duduk di birai katil,  Puan Sharina tarik nafas lama.

Wajah Shahin dia tatap lama.

Wajah yang sama dengam arwah suaminya.

Buatkan Puan Sharina makin sebak.

Dan mata Puan Sharina sedikit berkaca. Patut ke dia bagitahu mengenai keadaan Syafa pada Shahin?

"Mama? "

Tajam mata Shahin merenung ibunya. Dia tahu maksud wajah ibunya sekarang. Dan perkara yang ibunya akan sampaikan bukanlah perkara baik.

"Pasal siapa? "Sepatah Shahin bertanya. Dia yakin ibunya takkan buka mulut sehinggalah dia bertanya.

Bibir Puan Sharina ketap kuat.

"Pasal Syafa. Sebab kenapa dia jatuh pengsan petang tadi. "

Dan Shahin baru teringat sesuatu. Dia masih lagi tak tahu asbab adik perempuannya tiba-tiba sahaja pengsan dan masih belum sedarkan diri. Wajah Shahin berubah keruh.

Zap!

Dan kini tubuh Shahin tegak berdiri. Dia melangkah laju merapati ibunya sebelum tegak di hadapan Puan Sharina. Wajah Shahin keruh. Keningnya berkerut.

Mama, kenapa dengan Syafa mama?" garau suara Shahin bergema.

Puan Sharina senyum pahit. Dia tak mampu lagi sorokkan perkara ini daripada Shahin. Shahin abang Syafa. Dan dia berhak tahu mengenai keadaan Syafa.

Kedua tangan Puan Sharina naik sebelum memegang erat bahu Shahin.  Memaksa Shahin memandang tepat anak matanya. Dapat Puan Sharina rasa tubuh Shahin yang sedikit menggelatar.

"Syafa ada darah beku di dalam kepalanya Shahin. Darah beku tersebut menyebabkan keadaan Syafa semakin teruk sekiranya tidak dibedah. She's dying. "

Zap!

Shahin rasa tekaknya kering. Hampir dia jatuh terduduk sebaik sahaja ayat Puan Sharina tamat. Mata Shahin mula berkaca. Kepalanya tertunduk memandang kaki yang hanya memakai selipar.

Dan kedua tangannya dikepal erat.

"Mama tipu kan?"Suara Shahin serak. Dia hampir tumpahkan tangisan.

Ya Allah. Adiknya juga dalam keadaan kritikal. Dia tak mampu terima kenyataan.

Kenapa berat sangat ujian-Mu ya Allah?

Dulu aku.

Dan kini kami berdua.

"Shahin.. " tangan Puan Sharina lembut menyentuh dagu anaknya sebelum memaksa Shahin mendongak memandang wajahnya.

Luluh hati Puam Sharina sebaik sahaja anak matanya bertembung dengan mata berkaca Shahin. Shahin jarang tunjukkan emosi dan setiap kali dia tayang emosi maknanya dia betul-betul maksudkan.

Hati Puan Sharina sebak.

Dulu suaminya.

Shahin kini kritikal.

Dan anak perempuannya juga mungkin bakal mengikut jejak langkah suaminya.

Ibu mana yang tak sedih dan terluka.

Makin Puan Sharina sebak bila air mata milik Shahin mula tumpah. Tidak banyak namun tetap jatuh menuruni pipinya yang putih.

Bergetar bibir Puan Sharina,  cuba untuk mengukir senyum agar anaknya tetap kuat.

Namun, dia tidak perasan.

Air mata juga jatuh membasahi pipinya. Senyum pahit masih belum luntur dari bibir Puan Sharina. Dia tak boleh kalah pada emosi. Dia perlu kuat.

Kuat demi anak-anak dia yang mungkin dijemput ajal pada bila-bila masa sahaja.

"Shahin pandang ibu. "Lembut Puan Sharina menutur. Tangan dia yang kini berada di kedua pipi Shahin menggeletar.

"Shahin tak boleh sedih. Shahin masih ada mama. Syafa masih lagi di sisi kita. Kita kena hargai setiap masa bersama. "

Suara Puan Sharina pecah. Tapi dia langsung tak endah. Sebaliknya dia lebih fokus pada wajah Shahin di depannya yang kini sembap.

"Mama.. " Shahin tarik nafas dalam. Cuba hentikan tangisan.

"Shahin nak sentiasa ada dengan Syafa boleh? "

Tangan Puan Sharina menggeletar. Lemah dia anggukkan kepala.

"Shahin nak kembali ke sekolah bersama Syafa boleh? "

Dan Puan Sharina angguk lemah

Permintaan terakhir Shahin. Dia tetap akan tunaikan. Dan laju Shahin tarik Puan Sharina ke dalam pelukan sebelum haruman milik ibunya dia hirup.

Haruman yang selalu menyenangkan dia semenjak kecil.

Mama.. Shahin takut.

Dan Shahin tak mampu untuk bersuara lagi.

>>>>>>>

1 bulan kemudian

Sebaik sahaja meminta kebenaran daripada guru untuk ke bilik kesihatan,  Anna segera paut bahu Syafa yang hampir menyembah lantai. Wajah Syafa yang pucat buatkan Anna risau.

Kawan dia ni. Dah tahu sakit tetap degil nak datang sekolah. Bila tanya sakit apa dia tak nak jawab.

Degil!

Hasilnya dalam sebulan ada hampir dua minggu sahaja dia hadir ke sekolah. Sama seperti abang kembar dia, Shahin.

Sama-sama degil. Padanlah.

"Kau okay tak? " Anna bertanya perlahan sebaik sahaja mereka selesai menuruni tangga. Mata Syafa yang hampir terpejam buatkan Anna makin risau.

Syafa angguk lemak. Dan sebaik sahaj mereka menghampiri bilik kesihatan, mereka dikejutkan dengan bunyi siren Ambulans. Terus langkah mereka mati.

Rasa mual di mulut Syafa sedikit hilang. Dia cuba berdiri tegak sebelum merenung Ambulans yang baru sahaja keluar daripada perkarangan sekolah.

Ambulans?  Kenapa Ambulans datang sekolah mereka.

"Siapa yang kena hantar hospital tu? " perlahan Syafa bertanga namun hanya dibalas gelengan dari Anna. Mereka kembali membuka langkah ke bilik kesihatan sebelum terserempak dengan Emir yang baru sahaja keluar dari bilik kesihatan.

Wajah si lelaki berpeluh. Dan di baju kemeja putihnya ada sedikit kesan merah pekat.

Seakan darah.

Dan itu buatkan jantung Syafa berdegup laju. Darah siapa tu?

"Syafa. "

Wajah Emir berubah tenang sebaik sahaja mata coklatnya jatuh pada tubuh Syafa yang dipapah oleh Anna. Dia kesat peluh yang menitis di dahi sebelum tubuh Anna dan Syafa dia dekati.

"Nah."

Dan beg sandang berwarna biru dihulur pada Syafa.

Beg milik Shahin.

Buatkan Syafa makin berdebar laju.

Syafa sambut huluran Emir sebelum beg tersebut dibawa rapat ke tubuhnya. Mata diangkat sebelum merenung tajam wajah lelaki di hadapannya.

"Kenapa kau ada beg Shahin? "

"Kau tak tahu? " wajah Emir sedikit terkejut. Dia usap belakang leher sebelum anak matanya sedikit buntang.

"Kenapa kau datang sini? "

Syafa kerutkan kening.

"Aku datang sini sebab aku sakit kepala. Apa maksud kau yang aku tak tahu? "

Sebaik sahaja mendengar ayat Syafa, Emir hela nafas berat. Wajahnya keruh.

Dan sedikit takut.

"Kenapa? "

Bibir merah Emir naik membentuk senyum pahit. Dan anak matanya bersinar. Seakan cuba memberitahu sesuatu.

Dan Syafa faham.

Nafas Syafa hampir tersekat. Matanya terasa panas.

Dan hampir dia lepaskan beg milik Shahin di tangannya.

"Shahin. " Syafa mati kata.

Emir angguk lemah.

"Shahin yang dihantar ke hospital ke?" kali ini suara Anna berbunyi setelah lama menjadi pemerhati.

Soalan Anna dibalas dengan anggukan lemah dari Emir.

"Ya. "

Dan Syafa hampir tumbang menyembah lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience