Completed
7015
1 bulan sebelum
Syafa buka kelopak mata yang terasa berat sebelum tutup kembali. Cahaya yang menerobos masuk ke dalam anak matanya buatkan dia sedikit rasa berpinar. Dan waktu itu juga telinga Syafa menangkap bunyi pintu yang ditolak perlahan.
"Syafa. "
Dan serentak Syafa terasa hangat tangan kirinya. Lembut si lelaki menggenggam tangannya.
Dan mata Syafa kembali terbuka sebelum wajah Shahin menyapa kelopak matanya.
Wajah abangnya pucat. Namun bibir dia tak pernah lupa untuk hulurkan senyuman pada Syafa.
"Syafa dah ok? "
Syafa kedipkan mata dia berulang kali sebelum mengangguk. Perlahan dia cuba untuk bangun sebelum dibantu oleh Shahin. Shahin bantu dia untuk berada dalam posisi duduk sebelum badan Syafa disandar pada kepala katil.
Shahin senyum nipis sebelum labuhkan duduk di birai katil.
"Syafa sakit lagi kepala? "
Syafa diam. Sebelum tangannya naik menyentuh dahi.
"Tak. " dan mata kembali jatuh pada wajah Shahin yang masih setia merenung setiap pergerakan dia.
"Syafa. "
Dan Syafa sedikit tersentak bila tangan kirinya dipaut oleh Shahin sebelum digenggam erat. Wajah Shahin berubah.
Serius.
"Abang? "
Shahin tarik nafasnya lama sebelum dihembus perlahan.
"Syafa dah tahu pasal keadaan Syafa kan. Kenapa Syafa tak nak jalankan pembedahan tu? "
Wajah Syafa berubah.
Makin Syafa marah bila suara Shahin sedikit kasar. Takkan abang dia tak faham dengan keputusan dia?
Peratus Syafa untuk hidup hanyalah sedikit!
Dan dia belum sedia untuk tinggalkan abang dan mama!
Syafa ketap kuat bibirnya sebelum tarik tangan dia dari genggaman tangan Shahin. Wajah Shahin sedikit berubah.
"Ini hidup Syafa. Biar Syafa yang buat keputusan sendiri. "Beku suara Syafa, buatkan Shahin terasa. Shahin mengeluh kuat sebelum wajah diraup kasar.
"Ikut suka hati Syafa. Abang dah malas nak bercakap dengan Syafa lepas ni. " Shahin berdiri tegak. Suara garau dia bergema di dalam wad Syafa.
Dan suara dia jelas menunjukkan yang dia kecewa dengan Syafa.
"Abang ingat Syafa dah berubah. "
Bam!
Pintu wad Syafa dihentam kuat. Bahu Syafa sedikit terhinjut. Perlahan dia toleh ke belakang. Dan hanya ruang kosong wad yang menyapa mata.
Mata Syafa terasa panas.
Dia tundukkan kepala, memandang tangannya yang digenggam erat. Salab ke pilihan dia kalau pilih untuk berada di sisi Shahin? Dia cuma tak nak tinggalkan abangnya terlalu awal.
"Kenapa abang tak faham? "
Dan esakan Syafa pecah. Dia kesat air mata yang tak henti mengalir sebelum peluk tubuhnya sendiri.
Dan tanpa Syafa sedar, Shahin masih lagi tegak di luar pintu wadnya. Shahin tegak menyandar di pintu wad dengan mata yang berkaca.
Hatinya sebak.
Kecewa.
Dan juga sedih.
Bukan abang tak faham Syafa. Tapi abang sayangkan Syafa.
Dan Shahin terduduk di depan wad Syafa. Dia dongakkan kepala memandang siling hospital yang putih.
Abang takut abang akan tinggalkan Syafa terlebih dahulu.
Dan sekarang Syafa yang pilih untuk tinggalkan abang.
Setitis. Air mata Shahin tumpah di pipi kanannya.
>>>>>>
Kembali
Dada Syafa tak henti berdebar sebaik sahaja doktor benarkan dia untuk melawat Shahin. Dan bila sahaja matanya jatuh pada tubuh Shahin yang terkulai layu di atas katil, Syafa tumpahkan air mata.
Hampir sebulan mereka tidak bertegur sapa, Syafa tak sangka yang akhirnya dia terpaksa rendahkan ego untuk melawat abangnya. Perlahan Syafa labuhkan duduk di birai katil milik Shahin sebelum matanya memerhati tubuh milik Shahin.
Tubuh milik Shahin kini kurus.
Rambutya yang dulu lebat kini kelihatan sedikit nipis.
Wajahnya yang dulu kelihatan kacak kini terlihat cekung.
Syafa tahan tangisan yang hampir keluar. Dia tarik nafasnya dalam sebelum kepala diangkat merenung Emir yang tegak di sebelah Shahin.
Wajah Emir kelihatan sedikit kusut.
"Terima kasih sebab tolong temankan Shahin. " lembut Syafa bersuara sebelum mata dikerdip perlahan. Berharap agar Megat faham.
Emir hulur senyum kecil pada Syafa sebelum dia seluk poketnya sebelum mengeluarkan mp3 berwarna biru beserta earphone. Mp3 tersebut dia hulur pada Syafa.
"Shahin ada pesan pada aku untuk sampaikan Mp3 milik dia pada kau. "
Wajah Syafa berubah. Dia sedikit keliru. Namun huluran Emir tetap dia sambut. Mata Syafa terkedip laju sebelum pandangan dijatuhkan pada wajah Emir.
"Kenapa bagi dekat aku? "
"Ini. " jari telunjuk Emir dihala me arah tangan kiri Syafa yang menggenggam Mp3 tersebut. "Dia minta untuk kau dengar. "
Dan setelah itu Emir minta diri untuk keluar daripada wad Shahin. Katanya ada perkara yang perlu dibincangkan dengan Puan Sharina.
Syafa tak berkedip merenung mp3 berwarna biru di tangannya. Setelah itu dia ambil keputusan untuk mengikut arahan Emir. Perlahan dia hidupkan mp3 milik Shahin sebelum earphone disumbat ke dalam telinga kanan.
"Assalamu'alaikum. "
Syafa tersentak.
Ini.. ini suara Shahin.
Dan serentak bunyi suara garau Shahin membaca surah Al-Rahman menyapa telinga Syafa. Syafa terkedu. Amat kedu.
Walaupun abangnya bukan hafiz, namun bacaan Shahin kedengaran syahdu di telinganya. Syafa tertunduk lemah. Erat dia genggam tangan kanan milik Shahin.
Dan air mata laju menuruni kelopak mata Syafa. Dia teresak. Kuat.
Ya Allah, kenapa abang dia degil sangat nak ikut dia pergi sekolah kalau dia tahu keadaan dia taklah sekuat dulu?
Kenapa?
"Kenapa abang degil nak ke sekolah. " tanpa Syafa sedar dia bersuara. Dan serentak tangan Shahin di dalam genggaman Syafa kembali membalas genggaman Syafa.
Zap!
Dan anak mata Syafa bertembung dengan mata Shahin yang penat.
Wajah Shahin penat, namun berubah sebaik sahaja melihat air mata di pipi adiknya. Kasar dia tepis tangan Syafa.
Syafa kaku.
Dan dia rasa atmosfera di sekeliling membeku.
"Syafa sendiri tahu jawapan soalan Syafa tadi. " kasar ayat Shahin. Biarpun suaranya sedikit serak.
Syafa hilang kata. Dia tahu jawapan pada soalan dia sendiri? Maksudnya..
"Abang pergi sekolah sebab Syafa? "
Beku. Shahin batuk kuat namun bila Syafa cuba mendekat, segera tangan adiknya dia tepis. Makin Syafa hilang kata.
"Tak perlu. " Shahin pekup mulutnya sebelum wajah Syafa dijeling tajam. "Selagi Syafa tak nak jalankan pembedahan tu, abang tak akan pernah rehat. Dan, jangan pernah tegur abang. "
Mata Syafa panas.
Sampai macam ni sekali tekad abang dia.
"Abang, "
"Keluar! " dan suara Shahin melengking kuat biarpun tubuhnya sedikit lemah.
Syafa kedu. Dia pandang wajah tegang Shahin untuk kalj terakhir. "Baik, Syafa akan keluar. "
Perlahan Syafa berdiri sebelum dia melangkah keluar dari wad milik Shahin. Sebaik sahaja kelibat Syafa hilang di sebalik wad Shahin, Shahin pekup wajahnya.
Bahu Shahin terhinjut kuat sebelum dia rasa ada cecair panas yang menyentuh tangannya.
Tangisan Shahin pecah.
Abang minta maaf, Syafa.
Abang buat semua ni demi kebaikan Syafa.
>>>>>>>
Shahin sedikit terbatuk sebelum lagu Faded kedengaran. Kelam-kabut Shahin cuba capai telefon Leagoo miliknya yang terdampar di atas meja di sebelah katil. Nama pemanggil dibaca.
Dan nafas terkejut dilepas.
Syafa.
Kenapa adiknya telefon dia setelah seminggu dia halau adik dia dari wad? Atau Syafa dah ubah fikiran pasal pembedahan tersebut?
Dan Shahin senyum lebar, gembira. Laju butang jawab ditekan.
"Assalamu'alaikum. " lembut suara Syafa menyapa gegendang telinga Shahin. Shahin jawab perlahan salam Syafa sebelum tangan kiri ralit menutup naskhah Al-Quran yang terbuka di atas ribanya.
"Syafa nak apa? " sedikit kasar Shahin bertanya, setelam hampir seminit Syafa diam di hujung talian.
Dan masih lagi tiada jawapan.
Shahin hela nafas kasar.
Kecewa.
"Kalau tak ada"
"Selamat hari lahir, abang! "Laju Syafa potong ayat Shahin. Suaranya sedikit menggeletar.
Dan Shahin kaku.
Hari lahir?
Mata Shahin jatuh pada kalendar di tepi katil.
17 September.
Pinggir bibir Shahin naik membentuk senyuman. Cepatnya masa berlalu. Langsung dia tak sedar hari ni hari lahir dia dan Syafa dek terlalu penat melawan penyakit yang dihidapi oleh dia.
"Abang? "
Dan Shahin sedikit tersentak. Baru tersedar yang dia sedikit terganggu.
"Itu saja? "
Diam.
"Syafa buat keputusan untuk jalankan pembedahan tu. "
Shahin kaku.
Telefon di tangan hampir terlepas. "Betul? "
"Betul! " tekad Syafa di hujung talian membalas. Senyum lebar kini terukir di bibir Shahin. Dia tertunduk, terharu. Hampir dia titiskan air mata.
"Abang.. "
"Ya? "
"Boleh Syafa lawat abang hari ni? "
Dan Shahin ketawa halus. Gembira.
"Datanglah. Abang lagi gembira. Lagi satu, selamat hari lahir juga Syafa. "
Dan Syafa di hujung talian terdiam. Dapat Shahin dengar nafas Syafa yang berubah berat.
Ya, Syafa kalah dengan emosi.
Dia kini mula hamburkan tangisan.
Dan Shahin tak mampu berhenti ukir senyuman sebaik sahaja mendengar berita gembira dari Syafa.
Share this novel