Completed
7015
Shahin mengeluh lemah. Kakinya dibawa melangkah ke arah bangku berhadapan dengan tasik. Setelah dia labuhkan duduk, tasik di hadapan mata dia renung lama.
Kata-kata kasar Syafa masih lagi terngiang-ngiang di fikirannya.
Bencikan dia?
Sampai macam tu sekali Syafa bencikan dia?
Susah sangat ke untuk Syafa nampak yang dia memang sayangkan adik dia. Dia sayang Syafa sampai bila-bila.
Kerana dia sedar, waktunya bersama Syafa bukanlah lama. Waktu bersama mereka adalah singkat. Dan dia nak habiskan masa bersama dengan Syafa dan ibu mereka.
Tapi.. selepas kejadian tersebut. Hubungan mereka menjauh.
Shahin mengeluh lemah sebelum wajah diraup kasar. Dia berdiri sebelum kembali melangkah. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, dapat dia rasakan yang kepalanya mula berpusing. Dia rasa dunia sekelilingnya mula berputar.
Beberapa orang di taman mula mendekati dia, tapi sebelum sempat mereka bertanya.
Bam!
Shahin sudah jatuh menghempas bumi dengan mata terpejam.
Dan darah mula mengalir keluar daripada hidungnya.
"Adik! "
Dan orang di sekelilingnya panik.
>>>>>>>>
Pintu utama Syafa tolak perlahan sebelum kaki dibawa melangkah ke dalam. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, dia lihat Puan Sharina sudah tegak berdiri di hadapannya.
Dan ekspresi wajah ibunya amatlah marah.
"Syafa buat apa dekat abang ha?"suara Puan Sharina bergema.
Syafa muka tak puas hati. Kedua keningnya berkerut. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah ibunya sebelum berhenti di hadapan Puan Sharina.
Wajah ibunya dia renung.
Marah. Jelas kelihatan pada wajah Puam Sharina yang dia marah dengan Syafa. Namun Syafa tak faham.
Aik, aku buat apa pulak dekat Shah? Aku baru je balik dari berjoging kot.
"Syafa, mama tanya ni kan." wajah Puan Sharina dah berkerut. Dia renung wajah anak perempuan dia macam nak tembus.
Syafa angkat bahu dan itu buatkan Puan Sharina lepaskan keluhan berat. Syafa kalau nak mengaku Salah sendiri memang taklah. Tak habis dengan sikap dengki pada Shahin.
Bila mereka nak berbaik macam ni?
"Syafa, mama tahu kamu ada buat Shahin terasa kan. Kalau tak dia takkan dia tak balik bersama-sama dengan kamu. Dahlah tak hantar mesej dekat mama."Puan Sharina mula membebel. Geram dengan Syafa yang sering berkasar dengan Shahin.
Sudahlah anak lelakinya itu jenis hati lembut.
Syafa tayang muka tak puas hati kuasa tiga. Dah mula dah, mula dah! Mama memang sangat sayangkan Shahin. Inilah, buktinya!
"Mama, enough! Syafa tak nak dengar lagi, please." beku Syafa bersuara. Dia melangkah melepasi Puan Sharina dengan muka cemberut.
Geram bila Puan Sharina selalu melebihkan Shahin dalam semua perkara. Sekejap-sekejap, nama Shahin ibunya sebut.
Apa dia ni bukan anak ibunya ke?
Puan Sharina mengeluh lemah. Niat dia yang nak membebel macam karangan tiga helai muka surat terus terbantut. Dia mengeluh sekali lagi.
Bibir Syafa ketap bila dengar Puan Sharina mengeluh. Dia tiba-tiba rasa bersalah bila menjawab agak kasar dengan ibunya.
Mama maafkan Syafa. Syafa bukan anak yang baik.
Zap!
Syafa pegang dada dia yang tiba-tiba laju berdegup. Dia mula rasa sesak nafas. Langkahnya mati dan dia terduduk.
Keras lututnya jatuh menghempap lantai namun Puan Sharina masih tidak menoleh. Ibunya setia menaip sesuatu di telefon pintar.
Tangan kanan kana cuba untuk mencapai sesuatu namun dia tidak berjaya. Dia gagal. Tangannya terkapai.
Dada dia yang sesak buatkan dia hampir tidak mampu bernafas.
Kenapa.. kenapa dia tiba-tiba sakit dada?
"Mamaa.." Perlahan suara kecil Syafa memanggil ibunya.
Puan Sharina toleh dan matanya buntang. Telefon di tangan terlepas sebelum menghempas lantai.
"Syafa!!" Dan laju kakinya meluru ke arah Syafa.
>>>>>>>>
"Assalamualaikum. Shah, ni Syafa datang."Syafa cuba tarik senyum walaupun air mata dia tiba-tiba aje dengki nak mengalir keluar. Dia labuhkan duduk di birai katil kiri Shahin. Wajah pucat Shahin dia tatap lama.
Huk...Huk..Hukk..
Syafa mendengus kasar bila air mata dia akhirnya keluar juga.
Dia kesat, air mata keluar.
Dia kesat, air mata makin banyak yang keluar.
Last-last dia sendiri putus asa. Air mata Syafa biarkan mengalir keluar di pipinya. Dia dah tak mampu tahan tangisan bila lihat tubuh Shahin Yang kaku terbaring di atas katil.
Dia rasa kesal.
Kesal dengan dirinya yang ego pada abang sendiri. Kenapa dia boleh bersikap kejam pada Shahin?
Sedangkan Shahin hanyalah nak berbaik dengan dia.
Sifat dengki yang dia rasa kerana Shahin sering mendapat perhatian daripada mama buatkan dia buta. Buta dan bencikan Shahin
Kenapa Shahin tak jujur pada dia?
Kenapa Shahin diamkan diri?
Akhirnya tangisan Syafa berhenti. Dia cuba untuk tenangkan diri dia.
Tangan kiri Shahin yang dipenuhi wayar dia capai sebelum genggam erat. Terketar-ketar tangan dia bila menyentuh tangan Shahin yang sejuk itu.
Tangan yang dulu suka untuk mengusap rambutnya. Namun, Syafa dengan kasar menepis tangan tersebut.
"Ab..abang..abang... maafkan Syaf.."Syafa tersedu sekali lagi. Dia rapatkan tangan sejuk tersebut pada wajahnya.
Dia kalah sekali lagi.
Dia tak sanggup lihat Shahin terseksa. Dia pun masih belum minta maaf dekat Shahin. Dia tak tahu pun yang Shahin ada kanser hati. Sama macam ayah mereka yang dah pergi menghadap illahi.
"Abang..abang pun nak pergi tinggalkan Syafa ke?" dan kali ni Syafa betul-betul tumpahkan tangisan tanpa henti. Makin erat dia genggam tangan Shahin tapi Shahin masih tak bergerak.
Kaku seperti tidur di atas katil hospital.
>>>>>>>>
"Syafa.. bangun. Bangun solat zohor."
Syafa menggeliat bila dia mendengar suara seseorang bersama dengan tolakan di bahu dia. Dia cuba untuk biarkan tolakan di bahu namun dia naik bengang bila tolakan di bahunya makin kuat.
Zap!
Kepala Syafa tegak dengan mata yang masih terkatup rapat. Dia toleh belakang.
"Kau ni apahal?!!"suara Syafa naik seoktaf.
Dia buka kelopak matanya perlahan sebelum mulutnya terngadah. Dia terkedu sebaik sahaja matanya jatuh pada figura lelaki di hadapannya.
Dia Agak terkejut kerana lelaki di hadapannya amatlah kacak.
Agak kacak untuk pelajar sekolah kerana lelaki di hadapannya memakai baju kemeja sekolah menengah.
"Err.. Syafa okey tak ni?"perlahan suara garau Emir kembali bertanya. Agak segan bila mata bundar si perempuan tak lepas merenung wajahnya.
Ada apa-apa ke pada muka dia?
Atau dia lupa untuk cuci muka pagi tadi?
"Syafa Andra,awak okey tak ni?" suara Emir kedengaran lagi. Dia gawangkan tangan dia di depan wajah Syafa. Cuba untuk tarik perhatian si perempuan.
Syafa tersentak.
Dia baru tersedar yang dia sedang merenung lelaki di hadapannya hampir tak lepas.
Astaga.
Macam mana dia boleh ralit merenung wajah anak teruna orang?
Syafa berdehem sebelum dia tolehkan wajah. Dia kembali menatap wajah Shahin yang masih lagi tidak sedarkan diri. Langsung dia tak ingat macam mana dia boleh terlelap di sebelah Shahin.
Syafa berdiri. Dia berpaling menghadap lelaki yang buat dia tergamam tiga saat tadi. Agak malu.
"Saya okey tapi.. awak siapa ?Saya rasa kita tak pernah kenal pun."
Emir masih tersenyum."Ya, kita tak pernah jumpa tapi.."
"Macam mana awak tahu nama penuh saya.. dan macam mana awak boleh masuk dalam wad Shahin?"laju Syafa pintas ayat Emir. Kedua keningnya berkerut. Agak terkejut bila lelaki di hadapannya tahu nama penuhnya.
"Oh, saya tahu sebab saya kawan Shahin Adry. Dia selalu citer pasal awak, adik kembar dia dekat saya. Dan, saya datang sebab Shahin tak datang sekolah hari ni." Emir bercerita sambil tersenyum. Dia sangat tenang walaupun wajah Syafa di hadapannya seakan sedikit tegang.
Kepala Syafa terangguk-angguk tanda faham. Baru sahaja dia nak buka mulut untuk bertanya nama lelaki di hadapannya, lelaki itu laju memperkenalkan diri sendiri.
"Nama saya Megat Emir Zakwan. Awak boleh panggil saya Emir." dan senyum lembut dihulur. Mata Emir menyepet kerana tersenyum.
"Saya Nur Syafa Andra. Panggil Syafa je dan saya mintak diri sekejap sebab saya nak pergi solat dulu."Syafa terus melangkah ke tandas hospital yang berada di dalam wad.
Agak kekok.
Emir senyum nipis.
Andra..dia tak kenal aku dah ke?
Sampul tangan gambar anak kucing dia keluarkan dari poket sebelum dipandang lama.
Andra, terima kasih sebab dah tolong aku berubah.
Emir pandang pintu tandas dengan pandangan kosong. Berharap agar Syafa ingat akan dirinya yang pernah diselamatkan oleh adik-beradik ini.
Share this novel