Completed
7015
Memori 4 tahun lalu..
"Abang Shah!! Cepatlah sikit, kata nak belanja Syaf headphone!!"Syafa menjerit mirip budak kecil.
Dia terlalu teruja. Senyum langsung tak mati dari bibir merahnya. Laju dia tarik tangan Shahin ke arah kedai yang menjual headphone di seberang jalan.
"Syafa.. perlahanlah sikit." Shahin ketawa lepas dengan reaksi Syafa yang macam budak-budak-budak. Cap yang hampir tercabut di atas kepala dia tahan dengan tangan kanan.
Tiba-tiba langkah Syafa mati di hadapan sebuah lorong, buatkan langkah kaki Shahin turut mati. Tak berkelip mata dia bila lihat tiga orang lelaki yang tengah belasah seorang pelajar lelaki.
Syafa mula panik.
"Abang Shah, selamatkan dia!!"kuat Syafa meminta tolong pada Shahin.
Shahin pandang ke arah lorong gelap tersebut dan matanya bulat. Dia kini faham maksud Syafa. Kepala diangguk pada Syafa sebelum sempat dia berpesan pada Syafa agar bawa lelaki yang dibelasah teruk itu jauh daripada tempat tersebut.
Sebaik sahaja Syafa mengangguk, laju Shahin berlari ke arah tiga orang remaja yang memakai baju kemeja sekolah. Nampak sangat mereka ni hanyalah gangster sekolah.
Mujur Shahin belajar silat di sekolah menengah.
Sebaik sahaja tiga orang pelajar lelaki tadi larikan diri kerana dibelasah oleh Shahin, Syafa segera melangkah ke arah pelajar lelaki tadi yang terbaring di atas lantai. Syafa melutut di sebelah lelaki yang berdarah wajahnya.
Mata lelaki tersebut masih terkatup buatkan Syafa bimbang. Syafa keluarkan sapu tangan daripada poket seluarnya sebelum disapu pada wajah si lelaki.
Dan laju mata si lelaki terbuka. Dia pandang wajah Syafa dengan jelingan tajam. Syafa teguk liur yang terasa kesat.
Kenapa lelaki ni macam nak marah pada dia pula?
Nasib baik tolong selamatkan dia!
Si lelaki tegak berdiri. Dia cuba melangkah namun langkahnya longlai. Syafa ketap kuat bibir dia. Geram.
"Awak luka ni. Mana boleh berjalan! " Syafa capai lengan kanan si lelaki, buatkan dia mendapat jelingam daripada si lelaki namun Syafa tak bergerak.
Wajah marah ditayang.
"Awak luka! "
"Diamlah! " si lelaki bersuara marah sebelum dia tepis tangan Syafa di lengannya. Dengan langkah longlai si lelaki melangkah pergi.
Syafa dah tak mampu kata apa.
Lelaki tadi terlalu degil.
Atau mungkin egonya rosak kerana dibantu oleh perempuan.
Lelaki. Memang Syafa tak akan faham.
Baru sahaja Syafa hendak melangkah ke arah Shahin, mata Syafa jatuh pada tubuh lelaki tadi.
Lelaki tersebut dengam selamba melangkah ke arah jalan raya. Dan ada kereta yang menuju ke arah lelaki tersebut.
Wajah Syafa pucat. Dia rasakan jantungnya hampir luruh.
Tanpa dia sedar, kakinya mula berlari ke arah si lelaki. Apa yang ada di dalam fikirannya hanyalah selamatkan si lelaki tadi.
"Awak! "
Bam!
Dan si lelaki kedu. Tubuhnya jatuh akibat ditolak oleh Syafa. Sebaik sahaja matanya terbuka, si lelaki mati kata. Di hadapannya, Syafa yang terbaring berlumuran darah di atas jalan raya.
Kereta yang melanggar Syafa sudah melarikan diri.
Si lelaki segera mendekati tubuh Syafa yang berlumuran darah. Cecair pekat berwarna merah tak berhenti mengalir daripada luka di kepala Syafa.
Tangan si lelaki menggigil menampung kepala Syafa. Bibirnya menggeletar kuat. Mata si lelaki panas bila tangannya menyentuh cecair suam berwarna merah yang keluar daripada kepala Syafa.
Wajah pucat di atas ribanya, si lelaki renung lama.
Pucat tak berdarah.
Dan terdapat luka calar.
"Tolong!! " jeritan si lelaki bergema. Air matanya laju membasahi pipi. Otaknya kosong.
Dia dah tak tahu apa yang dia perlu lakukan sekarang.
Apa yang ada di fikirannya hanyalah perempuan ini dah selamatkan dia.
"Tolong! "
Shahin yang masih lagi berlawan dengan lelaki-lelaki tadi tersentak. Segera dia undurkan diri dan mencari suara meminta tolong tersebut. Sebaik sahaja Shahin melangkah keluar daripada lorong, kakinya terpaku.
Shahin hampir jatuh menyembah lantai.
Mata hitam pekat Shahin kaku sebaik sahaja jatuh pada tubuh adiknya yang berlumuran darah dan dipeluk oleh seorang lelaki.
"Syafa! "
Dan tangisan Shahin pecah.
-----------
Kembali
"Awak kehilangan banyak darah waktu itu. Shahin volunteer untuk derma darah. Waktu itu juga dia tahu yang dia ada kanser hati. Tapi, dia nekad --- selamatkan awak. Dia kata dia sanggup mati dari awak yang mati."
Syafa terkedu.
Dia mati kata.
Serius? Serius Shahin buat semua ni demi dia? Tapi.. kenapa dia tak pernah ingat?
Emir senyum nipis bila lihat wajah Syafa yang dah berubah keliru. Tahu yang pasti Syafa tertanya kenapa Shahin sanggup selamatkan dia.
"Dan bila awak sedar, awak kehilangan hampir semua memori awak. Awak tak kenal semua orang bila awak dah sedar. Tapi yang peliknya, otak awak masih ingat tentang semua yang awak belajar. Dan sejak tu jugak awak benci Shahin." Emir tetap tersenyum.
Syafa kedu.
Kenapa dia tak pernah tahu pasal semua ni?
Kenapa Shahin biarkan dia benci dia?
Kenapa abangnya berahsia?
"Tapi saya rasa awak tak perlu risau dah sebab Shahin pernah kata tak kira apa pun yang pernah awak buat, dia tak akan ambil hati. Dia sayang awak Syafa. Dia tahu yang dia dah tak lama, that's why dia selalu nak dekat dengan awak."
Menangis. Syafa dah mula menangis lagi. Dia tekup mulut dia, cuba menahan tangisan yang tak berhenti keluar. Air mata yang mengalir Syaf dah hiraukan.
Sebab itulah Shahin selalu rapat dengan dia rupanya.
Kenapa dia lembap sangat untuk sedar akan semua perkara ini?!
Padanlah ibunya memang selalu risaukan kesihatan Shahin.
Kerana Shahin dah tak lama!
"Abang maafkan Syaf."
Syafa kaku. Suara itu.
"Abang?" Syafa tersedu-sedan. Tadi dia dengar suara Shahin .
Perlahan kepalanya ditoleh ke belakang.
Dan matanya jatuh pada Shahin yang tegak di belakangnya dengan pakaian hospital yang tersarung pada tubuh.
"A.. abang?" Syafa teruja.
Shahin, dia dah sedar dan sedang tersenyum cantik ke arah dia!
"Abang!"
Syafa berdiri tegak sebelum dia laju berlari ke arah Shahin. Tubuh Shahin yang sedikit kurus dia peluk kuat, seakan tidak mahu melepaskan lagi abangnya kali ini.
Emir yang memandang hanya tersenyum manis.
Lega yang akhirnya Syafa dan Shahin kini berbaik. Dia agak terharu melihat mereka, mungkin kerana Emit adalah anak tunggal.
"Hei, kenapa menangis ni? " lembut Shahin bersuara sebelum tangan kanan Shahin naik mengusap lembut kepala Syafa. Senyum manis tak luntur daripada bibirnya.
Dia gembira.
Buat pertama kali Syafa tidak menolak dan menjerit padanya bila tangan Shahin naik mengusap. Perlahan bibir Shahin mengucap syukur.
Emir peluk tubuh. Senyum juga tidak luntur dari bibirnya.
"Abang.. " Syafa tak berhenti mengongoi memanggil nama Shahin. Perasaan bersalah langsung tak luntur dari hati dia. Dia kesal dengan layanan dia pada Shahin.
Dan kalau Shahin tinggalkan dia tanpa dia sempat minta maaf, memang Syafa takkan pernah maafkan diri sendiri.
"Ya.. Abang dah maafkan Syafa. "Tak berhenti Shahin cuba memujuk Syafa. Dia tolak lembut tubuh adiknya sebelum air mata di pipi Syafa dia usap lembut menggunakan ibu jari kanannya.
"Kenapa teruk sangat menangis ni? " Shahin cuba bergurau namum Syafa cebikkan bibir.
Mata Syafa tak berhenti merenung wajah pucat Shahin di hadapannya. Tubuh Shahin dia teliti atas bawah.
"Bila abang bangun? Kenapa tak panggil Syafa?" Syafa bersuara tak puas hati.
Shahin ketawa kecil. "Ni abang dah ada depan mata. Buat apa tanya lagi. " dan dia kembali sauk Syafa ke dalam pelukan.
Erat dia peluk Syafa, seakan Syafa itu nyawanya.
Emir berdiri dari bangku yang dia duduk, puas menghadap drama air mata depan dia. Dia melangkah mendekati Shahin dan Syafa sebelum bahu Shahin dia tepuk lembut.
"Dahlah tu. Baik korang masuk balik ke dalam hospital. "
Shahin angguk. Dia lepaskan pelukan namun dia sedikit terkejut sebaik sahaja matanya jatuh pada wajah Syafa di hadapannya.
Emir juga sedikit terkejut.
Syafa sentuh hidung yang terasa mengeluarkan cecair suam. Dan mata Syafa buntang bila lihat cecair pekat berwarna merah melekat pada tangannya.
"Kau okay tak ni Syafa? " cemas Emir bertanya. Shahin juga sudah cemas. Dia pegang erat kedua bahu Syafa.
Jelas mata Shahin kelihatan risau.
"Syafa okay tak ni? "
Syafa dongak, pandang wajah Shahin dan Emir bersilih ganti sebelum. Bibir diketap erat. Dan perlahan kepala digeleng.
"Syafa rasa pening. "
Dan matanya terkatup sebelum melurut jatuh sebelum disambut Shahin.
"Syafa! " serentak Shahin dan Emir menjerit.
Share this novel