BAB 2

Romance Completed 941

Sudah seminggu Lisa berada di rumahnya dan selama itulah dia memendam
rasa, menjeruk perasaan dengan sikap dan karenah Lisa. Dia mengeluh
perlahan...Itu bukan Lisa! itu orang lain!

Hatinya menjerit, menggegarkan segala urat saraf. Kenapa dengan Lisa?
Hebat sangatkah kota Norway sehingga berjaya membentuk keperibadian Lisa
sebegitu rupa? Apa tujuan mak ngah dan pak ngah membawa Lisa pulang ke
sini jika hatinya dan jasadnya masih di sana . BandarNorway yang amat
dibanggakan oleh Lisa!
Masih terasa pedih telinganya mendengar kata-kata sindiran yang terluah
dari mulut Lisa apabila kakinya melangkah keluar dari kereta Proton Saga
milik ayah.

" Balqis, aku akan tinggal kat kampung ni ke? "

" Kenapa? ada masalah ke, ini kan kampung kau jugak.. "

“ Bila kampung ni nak maju…sama macam dulu je aku tengok…” Perlahan
tetapi tetap membuatkan jiwanya terhiris teruk.

“ Masa akan membangunkan kampung kita Lisa dan orang-orang yang akan
bangunkan adalah kita! Anak muda yang berjiwa besar… Kau tak yakin
dengan tempat kelahiran kau sendiri?”

Dengan pelik dia bertanya sambil matanya tidak lepas dari memandang imej
baru yang dibawa oleh sepupu tersayang. Berbajut-shirt sendat dipadankan
dengan skirt paras lutut dan kepalanya terletak comel topi yang berwarna
putih...Lisa benar-benar nampak lain!

Itu belum lagi apabila Lisa membuang topinya memperlihatkan rambutnya
yang panjang itu diwarnakan dengan warna oren kemerahan. Demi tuhan,
hatinya terluka apabila tangan yang dihulurkan untuk bersalam dibiarkan
begitu sahaja...
Jika ikutkan hati amarah ingin sahaja dia mencemuh Lisa dihari pertama
kedatanganya tetapi mujurlah akal cepat bertindak dengan waras. Dia
tetap ingat pesan ayah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience