BAB 5

Romance Completed 941

" Qis, aku nak tanya kat kau pasal seseorang, boleh? "

" Pasal siapa? "

Dia hairan dengan pertanyaan Lisa. Aik...sejak bila pulak sepupunya itu
akan minta kebenaran sebelum bertanya, sebelum ni main redah je..bahasa
yang diguna pun kasar, bukan macam sekarang...lembut!

" Pasal budak kelas kau, Shamir...kau tengok dia ok tak? maksud aku, dia
hensem tak bagi pandangan mata kau? "

Shamir? jantungnya seakan berhenti berdengup.Matanya terpaku pada wajah
Lisa yang memandangnya penuh mengharap, seakan menanti jawapan darinya.
Ujian lagikah ini Ya Tuhan? sepayah mungkin dia cuba mengukir senyum
pada Lisa...

" Jujur aku bagitau kat kau, dia seorang lelaki yang baik yang pernah
aku jumpa sebelum ni. Dia tak hensem tapi manis...kau pernah dengar tak,
Dr. Hm Tuah pernah cakap, lelaki yang hensem dan kacak biasanya bermulut
manis dan buaya! "

Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri, Lisa mengukir senyuman
buatnya. Dia terpaku melihatnya! senyuman yang dia rindukan sebelum ini.
Terima kasih Ya Allah. Shamir memang baik, lelaki itu terlalu jujur
selama mereka berkawan sejak dari tingkatan tiga lagi. Aku rela Ya
Allah,melepaskan Shamir sekiranya dapat kau kembalikan Lisa yang dulu
kepadaku. Aku yakin dengan janjimu Ya Allah, pasti Shamir bukan yang
terbaik untukku...

" Betul Qis? happynya aku...kau tahu, aku rasa aku dah jatuh cinta kat
Shamir lah! kau boleh tolong aku tak? tolonglah jadi orang tengah antara
kami, boleh? "

Lisa mengukir senyuman mengharap. Dia hanya mengangguk tanda setuju.
Serentak dengan itu Lisa memeluknya erat tanda terima kasih.
Sesungguhnya tiada yang paling indah selain dapat melihat senyuman dari
bibir Lisa yang ikhlas itu...Lisa nampak cantik! Balqis teringat
perbualannya bersama Syamir tahun lepas sewaktu sama-sama sedang
berhempas pulas untuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi
peperiksaan SPM.

" Kita macammana Qis? sampai bila Sham nak tunggu jawapan dari awak ni? "

" Sham...awak kan tahu yang kita ni masih belajar, tahun ni SPM. Berapa
kali kita nak bincangkan soal ni? kita tetap kawan macam biasa. Ini
prinsip saya, tidak ada istilah cinta sebelum saya dapat genggam
segulung ijazah. Impian saya terlalu jauh untuk saya gapai Sham, dan
saya amat berharap yang awaklah orang yang akan bersama-sama saya untuk
mencapai impian tu "

" Sham tahu Qis...Sham cukup faham, tapi Sham takut... "

" Apa yang awak takutkan? "

" Sham takut kehilangan awak! "

Demi tuhan, pengakuan itu dirasakan amat berharga sekali. Dunia remaja
dirasakan amat manis untuk dilalui. Tetapi akal cepat bertindak
mengatakan itu semua hanyalah khayalan semata-mata. Kau ada prinsip
Balqis! jangan cepat mengalah pada desakan perasaan. Ingat pengorbanan
ayah...terlalu muda untuk dia dan Shamir melangkah lebih jauh, tidak
mahu hanyut dibuai perasaan yang tidak menentu ini. SPM hanya tinggal
beberapa bulan sahaja lagi dan dia tidak mahu segala usaha yang telah
dilakukan tidak membuahkan hasil. Aku juga tidak mahu kehilangan teman
sebaik kau Sham....ayat itu bergema tetapi hanya dihatinya sahaja. Sham
tidak perlu tahu bagaimana perasaan dia sebenarnya, biarlah mereka
sama-sama mengejar cita-cita namun ikatan ini masih utuh seperti
sebelumnya. Untuk mengejar kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan
sedikit lebih-lebih lagi melibatkan perasaan. Ini semua dugaan, aku
harus kuat untuk tempuhinya.

" Oi......!! berangan sakan! "

Dia tersentak dengan sergahan Lisa. Alamak, jauh benar aku
mengelamun....hilang sudah segala kenangan bersama Shamir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience