BAB 7

Romance Completed 941

Dia mengukir segaris senyuman apabila terlihatkan Lisa melambai-lambai
kearahnya. Burung-burung yang bertebangan seakan mengerti hati dan
perasaanya tika ini. Dialihkan tongkat di kaki kirinya untuk memberi
laluan kepada Lisa duduk disebelahnya. Tangan Lisa digenggam erat, wajah
sepupunya itu ditatap lama. Cantik benar Lisa dalam busana islam itu,
rambutnya yang merah sudah ditutupi dengan tudung. Tidak ada lagi
pakaian yang ketat untuk digayakan, semuanya sudah digantikan dengan
blaus longgar dan sesekali Lisa mengenakan baju kurung. Bibirnya juga
sudah basah dengan zikir malah sudah mampu untuk menjadi imam solat
berjemaah mereka. Tutur katanya tidak lagi kasar seperti dulu, tingkah
lakunya sudah berubah menjadi sopan. Apa yang paling penting, Lisa yang
berdiri disebelahnya kini adalah Lisa yang dirindukanya dulu....

" Tidak habis-habis dengan berangan....."

Lisa mencebik, dia hanya tersenyum.

" Qis, aku nak mintak maaf ngan kau. Aku tahu yang aku dah banyak
lukakan hati dan perasaan kau sepanjang aku ada kat sini. Betul kata
abah, aku perlu pulang ke sini untuk mencari semula identiti aku yang
telah lama hilang di kota Norway . Aku bersyukur Qis, yang aku masih
belum terlambat "

Lisa menunduk. Seakan berfikir yang dirinya sudah terlalu jauh hanyut.
Dia melebarkan pandangan pada sawah atuk yang menguning, indah benar
ciptaan tuhan....terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan
untuk sama-sama duduk di sini bertemankan Lisa. Terima kasih juga kerana
masih memanjangkan usia aku untuk terus mengejar impian-impian yang
masih jauh untuk aku gapai...walaupun kemalangan tersebut hampir meragut
nyawanya tetapi hikmah disebalik kejadian tersebut amat besar sekali.
Allah telah mengembalikan semula Lisa kepadanya.

" Lisa, pekan ni tak menjanjikan keseronokan dunia....tidak ada pusat
hiburan untuk kau pergi, tidak ada pasaraya besar untuk kau lepak. Semua
keseronokkan remaja tidak ada di sini tapi aku bahagia, kerana pekan
inilah yang menyatukan kita sikit waktu dulu.Kenangan kanak-kanak kita
tetap utuh di sini "

Lisa mengangguk.

" Qis, ada satu perkara yang penting untuk membezakan Norway dan pekan
ni, kau nak tahu apa? "

" Apa dia? "

" Pekan ni mendekatkan aku dengan Allah........mengembalikan semula jati
diri aku yang telah lama hilang...sehebat mana pun bandar Norway tidak
sesekali dapat menandingi bumi Malaysia yang kita sayang... di sini aku
ada kau Balqis, sepupu yang menunjukkan pada aku, setinggi mana pun kita
terbang akhirnya kita akan kembali jua pada tanahair kita... "

Dia tersenyum bahagia mendengar ungkapan tersebut. Doanya telah
dimakbulkan...... Dari kejauhan, dia terlihat kibar bendera Malaysia
megah berdiri di sekeliling kampungnya, menari-nari mengikut arah
angin... bersedia mahu menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang
akan disambut hanya beberapa hari lagi.

"Balqis...."

"Ya...."

"Aku seperti pejuang yang baru meraih kemerdekaan... Merdeka setelah
sepuluh tahun dalam dunia kelam ciptaan manusia..."

Terima kasih Allah!

Alhamdulillah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience