BAB 6

Romance Completed 941

Hari-hari yang dilalui semakin mendewasakan dirinya. Dia bersyukur
dilahirkan menjadi dirinya sendiri. Lisa tetap begitu namun dia tahu,
sedikit waktu lagi sepupunya itu pasti berubah. Itu doanya! Shamir marah
benar pada dirinya kerana tidak berterus terang pada Lisa tentang
hubungan mereka. Apa yang hendak diterangkan? antara dia dan Shamir
hanya terikat dengan satu ikatan yang tidak pasti, tanpa janji-janji
yang perlu dipegang. Tanpa perasaan sayang yang terlalu mendalam, cinta?
emm...jauh sekali untuk itu. Hani juga marahkanya kerana mendesak Shamir
agar menerima Lisa,sepupu yang masih tidak dapat menerima keadaan pekan
kecil ini dengan sepenuhnya lagi. Sampai bila Ya Allah? sampai bila aku
harus menanti?

" Boleh Sham cakap ngan awak sekejap? "

" Apa dia? "

Dia memandang sekeliling kelas, takut kalau-kalau Lisa secara tiba-tiba
memasuki kelas mereka. Biasanya pada waktu rehat begini, Lisa akan
mengajak Shamir untuk makan di kantin sekolah. Matanya dialihkan pada
seraut wajah yang nampak tidak bercahaya di hadapanya itu.

" Kenapa awak paksa saya untuk berkawan ngan sepupu awak tu? "

Shamir mengeluh kasar.

" Saya dah terangkan pada awak kan ? apalagi yang awak tak faham ni?
Lisa sayangkan awak! saya nak awak jaga dia betul-betul, jangan sakitkan
hati dia "

" Senangnya awak bercakap, hati Lisa je yang kena jaga? hati saya ni
awak buat macam patung! awak ingat saya tak ada perasaan? awak
pentingkan diri sendiri, hipokrit, awak tahu tak tindakan awak ni
betul-betul melukakan hati saya? patutlah selama ni awak banyak buat
alasan bila saya ajak serius, rupa-rupanya awak ada udang di sebalik
batu. Awak langsung tak menghargai kehadiran saya selama ini kan!"

"Awak..."

" Sudah lah Balqis, Sham dah betul-betul penat nak melayan semua
permintaan awak "

Selesai sahaja menuturkan ayat tersebut, Shamir terus berlalu menuju ke
kelas Lisa. Maafkan aku Sham! air mata dirasakan mahu menitik tetapi
dipujuk hati agar tetap tabah. Ini keputusan yang diambilnya sendiri dan
dia harus redha. Ya Allah, jangan hilangkan ketabahan dan kekuatan dalam
diri hambamu ini.

" Dah puas hati tengok insan lain menderita kerana kau? "

Suara Hani sinis disebelahnya. Dia memendang wajah Hani tajam, seakan
mahu ditelan tubuh kecil molek itu hidup-hidup! enak benar berkata tanpa
memikirkan perasaan dirinya. Biarlah semua orang menyalahkanya.......dia
rela asalkan Lisa kembali macam dulu.

" Aku bercakap dengan patung ke Qis? apa kau pun dah nak jadi bodoh
sombong macam minah celup tu?! "

" Hani...kau tak faham. Malah semua orang tak akan faham apa yang aku
lakukan sekarang ni. Aku memang sayangkan Shamir tapi aku lebih
sayangkan Lisa. Salah ke kalau aku suruh Shamir berkawan dengan Lisa? "

" Memang salah! sampai hati kau Qis.......aku tak sangka yang kau
betul-betul berhati busuk. Patutlah Shamir macam terpaksa berkawan
dengan aku, rupa-rupanya kau yang paksa dia! aku betul-betul tak sangka
Qis, aku benci kau!! "

Dia tersentak! pandanganya beralih pada Lisa yang berada disebelahnya.
Bila masa pulak sepupunya itu memasuki kelas mereka? dia betul-betul
buntu. Fikiranya kosong, mendengar amarah Lisa sahaja sudah cukup
membuatkan dirinya seperti mahu dijatuhi hukuman gantung serta merta!
Dia nampak air mata Lisa jatuh, demi tuhan hatinya amat luka tika ini...

" Maafkan aku Lisa, aku tak sekejam yang kau sangkakan. Dengar dulu
penjelasan aku sebelum kau jatuhkan hukuman sesuka hati kau "

" Dah la Balqis, tak payah nak buat drama air mata depan aku. Aku tak
sangka yang selama ni kau pura-pura baik depan aku. Aku ada maruah Qis!
macammana aku nak berhadapanngan Shamir selepas ni? kau kejam Qis! aku
betul-betul benci kau "

Lisa berlari menuju ke arah pintu pagar sekolah.Dia benar-benar
tertekan, entah dari mana datangnya kekuatan untuk dia mengejar tubuh
Lisa. Pandangan pelajar lain yang menyaksikan adegan tersebut tidak
dihiraukan. Apa yang ada dalam kepalanya sekarang adalah untuk
menerangkan semula kepada Lisa keadaan yang sebenarnya. Dia meluru
menuju ke arah pintu pagar sekolah.......

Ganggggggggggg!!!

" Balqis!! "

Pandanganya kelam...semakin lama semakin gelap.Ya Allah, andai sudah
sampai ajalku......aku redha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience