BAB 1

Romance Completed 943

Malam itu tetap sama dengan malam sebelumnya. Selesai sahaja menolong
ibu mengemas meja makan, dia terus berlalu ke bilik untuk mengulangkaji
pelajaran. Perlahan-lahan buku Pengajian Am dibuka namun akal tetap
melarang keras supaya melupakan sahaja niat untuk mengulangkaji pada
malam itu. Perlahan-lahan dia menarik laci dan mengeluarkan album yang
berbalut cantik, hadiah daripada teman sekelas sempena ulang tahun
kelahirannya yang ke-17 tahun pada tahun lepas. Dibeleknya
perlahan-lahan album tersebut dan bibirnya menguntum senyuman nakal
apabila terlihat gambar bersama-sama teman seperjuangan yang mencuit
hati. Pantas benar masa berlalu, bagaikan tidak terdaya untuk
mengejarnya. Benarlah kata pepatah,masa itu ibarat emas. Ia terlalu
berharga lebih-lebih lagi untuk insan sepertinya yang sentiasa memburu
waktu untuk mempersiapkan diri menghadapi STPM tahun hadapan.

"Ala Qis, buat apa nak sakitkan kepala belajar rajin-rajin. STPM kan
tahun depan? Otak kita ni bukan komputer tau! dia nak rehat jugak. SPM
baru je berlalu beberapa bulan lepas. Minah buku betul lah kau ni"

Marah Hani, teman sekelas yang paling kecoh dikalangan teman-temannya
yang lain apabila dia menegur Hani yang asyik bercakap dan ketawa kuat
disebelahnya. Malas untuk memanjangkan cerita, dia hanya tersenyum
mendengar omelan si teman. Kata-kata yang terluah daripada bibir Hani
dianggap sebagai gurauan semata-mata. Dia tidak pernah mengambil hati
apatah lagi berdendam. Dalam asyik melayan perasaan, matanya tiba-tiba
terpaku pada satu potret. Agak lama matanya terpaku disitu. Tangannya
mengusap perlahan pada satu wajah yang ketawa ceria disampingnya itu.

Lisa!

Nama itu bergema disegenap urat sarafnya. Setelah hampir sepuluh tahun
tidak berjumpa...Akhirnya kau pulang jua. Ayah memberikan perkhabaran
menggembirakan buat dirinya apabila sepupu yang telah lama berhijrah ke
bandar Norway, negara yang dikenali sebagai bandar termahal di dunia
telah mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Negara Malaysia
yang menyimpan banyak kenangan manis antara mereka berdua. Masih segar
dalam ingatan tatkala dia dan Lisa bersama-sama berkejaran dipetak sawah
kepunyaan atuk untuk mengejar burung yang galak berterbangan. Segalanya
terasa baru semalam dia menangis ketakutan apabila pacat sawah dengan
enak menghisap darahnya sambil diketawakan oleh Lisa. Bibirnya mengukir
segaris senyuman apabila kembali teringat bagaimana mereka berdua
menangis kesakitan apabila dipiat oleh atuk akibat terjatuh dalam
lopak sawah bersama dengan baju sekolah yang baru dipakai.

Ah...Segala-galanya terlalu indah!

Andai masa dapat diputarkan kembali...Ingin sekali dibisikkan pada
kenangan bahawa peristiwa bersama-sama Lisa tiada gantinya.

Lisa...aku merinduimu...

Tanpa sedar air mata kegembiraan mengalir membasahi pipinya. Bagaimana
rupa Lisa agaknya? Adakah comot macam dulu? Atau rambutnya masih kontot
persis lelaki?
Pertanyaan-pertanyaan tentang Lisa berserabut dalam kepalanya dan malam
itu mimpinya indah bersama bayangan Lisa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience