BAB 4

Romance Completed 943

Dia meletakkan kembali buku Pengajian Am di atas meja. Matanya terpaku
pada seraut wajah yang baru memasuki pintu kelasnya dari arah belakang.
Dari gerak gaya, Lisa seakan mahu memberitahu sesuatu kepadanya.Apa pula
kali ini?akalnya cepat menyoal...dari jauh kelihatan Hani tersenyum
sinis, tidak suka benar Hani pada sepupunya itu.

" Petang ni aku balik lambat sikit, tak payah tunggu aku...kalau nak
makan, kau makan aje dulu "

" Kau nak pergi mana? "

" Ikut suka aku lah nak pergi mana, kau tak payah sibuk-sibuk nak ambik
tahu! jaga tepi kain sendiri - "

" Disebabkan kain kau la kitaorang nak ambik peduli, kalau kain
kitaorang sendiri kitaorang tak perlu jaga sebab dah memang baik!! "

Entah dari mana suara Hani keras memarahi Lisa. Dia terkaku di situ,
tidak tahu untuk berkata-kata. Muka Lisa kelihatan merah menahan marah,
belum sempat untuk dia kembali bersuara Lisa sudah mengorak langkah
meninggalkan kelasnya. Semakin keruh nampaknya ikatan antara dia
danLisa...Ya Allah, kau tabahkan hati hambamu ini...doanya dalam hati.

" Kau ni kenapa Qis? mana sifat tegas kau selama ni? kenapa tak jawab je
apa yang sepupu kau bebelkan tu? kat umah dia masih kutuk-kutuk kau ke?
masih tak boleh terima lagi keadaan pekan kita ni?Sekolah kita ni?
Kampung kita? "

Marah benar nampaknya Hani. Dia hanya diam,orang marah kita tak boleh
lawan dengan perasaan marah juga nanti makin panjang pula jadinya. Cara
yang paling tepat untuk meredakan keadaan ialah dengan berdiam diri dan
menyambung semula pembacaanya yang terbantut tadi. Hani masih lagi
berada disebelahnya, seakan tidak mahu berganjak dari situ.

" Balqis, dengar apa yang aku nak cakap dengan kau...aku tahu Lisa tu
sepupu kesayangan kau tapi itu tak bermakna dia boleh buat apa sahaja
yang dia suka kat kau, aku rasa kau dah banyak bersabar...sampai bila
Balqis? sampai dia pijak-pijak kepala kau? Apa? Hebat benar ke bandar
Norway yang dia agung-agungkan tu! "

" Sampai dia jadi Nur Lisa yang aku kenal dulu...sepupu yang paling aku
sayang, aku terluka Hani, hati aku sakit tapi aku perlu fikir
fositif...dia tak boleh berubah dalam masa sebulan untuk jadi macam dulu
sedangkan bandar Norway dah ubah dia sepuluh tahun yang lalu, kau
fahamkan? "

" Aku tahu Qis, aku cukup faham tapi aku tak boleh terima bila dia masih
kutuk-kutuk pekan kita ni, aku rasa dia ada otak untuk membandingkan
Norway ngan pekan kita ni...lagipun, ini tanah kelahiran dia...tempat
dia belajar merangkak dan bertatih. Tak patut dia bersikap macam tu,
sejauh mana dia lari dan pergi,dia masih ada keluarga kat sini...kau
sepupu dia Qis "

Dia hanya mengangguk, membenarkan apa sahaja kata yang terluah dibibir
si teman. Memang benar kata Hani, ini tempat kelahiran Lisa...selama
manapun Lisa berada di bandar Norway , sejarah tetap tidak dapat diubah.
Hatinya menangis...dia benar-benar rindukan Lisa yang dulu,tidak tahu
sampai bila harus menanti tetapi dia tetap percaya pada janji
Allah.Orang yang bersabar pasti akan mendapat ganjaran yang baik satu
hari nanti. Aku yakin...

" Kita berserah aje Hani, kita tengok sejauh mana dia mampu bertahan kat
pekan ni "

" Bukan dia yang mampu bertahan tapi kau Qis! aku nak tengok sejauh mana
kau mampu bertahan ngan perangai minah celup tu "

Aku akan bertahan selagi aku termampu Hani...aku akan buktikan pada kau
yang sepupu aku tu masih ada darah keluarga atuk, masih mempunyai rasa
kecintaan pada pekan Kuala Berang yang kita sayang ni. Dia akan berusaha
mengubah Lisa sedikit demi sedikit. Sepupunya itu sudah tersasar terlalu
jauh tetapi dia amat yakin yang dia masih mampu untuk mengejarnya. Lisa
sekarang bukan sahaja berubah dari segi penampilan dan sikap tetapi
sudah jauh benar dari Allah...selama sebulan mereka tinggal bersama
dalam satu bilik,belum pernah dia melihat Lisa mengenakan telekung
sembahyang untuk bersolat bersamanya. Saat dia melagukan ayat-ayat suci
Al-quran, Lisa lebih senang membelek majalah hiburan luar negara. Tika
subuh memanggil, Lisa lebih enak melayan mimpi-mimpi indah...

Kalaulah ayah tahu Lisa belum pernah bersolat walaupun sekali, pasti
sepupunya itu sudah dibebel teruk. Itu belum masuk syarahan agama dari
mak lagi...apa yang pasti sikap Lisa mengheret sama dia ke lembah dosa.
Itu bersubahat Balqis! dia tahu tapi dia memang tidak berdaya untuk
menegur. Dia masih belum diberikan kekuatan untuk membalas segala
hujah-hujah yang diberikan Lisa. Apa yang termampu sekarang hanyalah
berdoa agar Allah membukakan pintu hati sepupunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience