BAB 3

Romance Completed 943

" Balqis, perasaan amarah adalah kawan syaitan. Sebagai orang islam,
kita tidak sepatutnya membiarkan perasaan amarah menguasai diri kita... "

Terima kasih ayah! terima kasih dengan peringatan itu...

" Hoi!! "

Dia tersentak, bahunya ditampar seseorang dari arah belakang. Belum
sempat dia ingin menoleh, wajah Hani dengan sengihan melebar sudah
berada di hadapanya.

" Sejak bila pulak ‘student ulat buku’ suka buang masa kat sini?
eh...sepupu minah saleh celup kau tu tak ikut ke? "

Dia hanya menggeleng. Bukan tidak pernah mempelawa malah mulutnya sudah
berbuih bertanya sekiranya Lisa ingin mengikutnya ke sawah dan berteduh
di bawah pondok usang arwah datuk mereka. Namun, segalanya bagai
dibiarkan sepi bersama angin lalu....

" Lisa, jon ikut aku pergi permatang! dapat tengok padi atuk yang sudah
menguning "

Dia tersenyum apabila terkenangkan segala perit jerih atuk selama ini
dengan menghambakan diri pada sawah tidak sia-sia. Boleh dikatakan
hampir setiap tahun, padi atuk pasti membuahkan hasil.

" Apa? kau ajak aku pergi sawah yang penuh ngan lumpur tu? kau ingat
baju aku ni beli kat pasar malam? "

" Aku tahu baju-baju kau semuanya mahal tapi takkan kau nak duduk
terperap kat bilik ni aje? sesekali kau perlu gak ambik angin kat luar
tu "

" Balqis, kau ni tak faham bahasa ke? kalau nak pergi tu, pergi aje la..
tak payah menyusahkan aku!! "

Pintu bilik dihempas kuat sebaik sahaja Lisa selesai menuturkan ayat
yang menyakitkan hati tersebut. Sabar Balqis! suara hati bergema untuk
yang sekian kalinya. Dengan langkah yang berat, digagahi jua kakinya
untuk melangkah ke sawah. Diharapkan lambaian pokok padi yang membuai
ditiup angin itu bisa mengubat hatinya yang luka.

" Eh Balqis! aku cakap ngan pokok padi ke? "

Bahunya ditampar. Dia terkesima seketika. Secara perlahan, bibirnya
menguntum senyum apabila menyedari kesilapan sendiri.

" Sorry...aku tak ingat yang kau ada kat sini "

Dia menjawab perlahan. Suara terasa terlekat dikerongkong.

" Apsal ngan kau Qis? aku tengok sejak sepupu kau yang perasan lawa tu
balik sini, kau macam tak happy je! "

Mulut! dia tersenyum lagi...benarlah kata orang,kerana mulut badan
binasa dan rasanya perumpamaan tersebut memang sesuai untuk diberikan
kepada Hani yang sentiasa bercakap ikut sedap mulut tanpa mengira
perasaan orang yang mendengarnya.

" Aku okey, kau jangan risaulah Hani "

Dia menghela keluhan berat. Entah apa yang menyesakkan fikirannya, dia
sendiri tidak mahu memikirkanya lagi. Walau bagaimana kecewa perasaan
yang dirasa, dia tidak patut membiarkan Hani termangu sendirian
disebelahnya.

" Emm...lupa nak tanya, kenapa kau datang cari aku? ada hal penting ke? "

" Amboi..salah ke aku datang sini?kau ni macam tak biasa ngan aku, aku
kan biasa lepak-lepak kat sini,buang masa...aku bukan rajin study
macam kau!. Eh, esok teman aku beli buku rujukan ekonomi,boleh? " Hani
memaniskan wajahnya.

Ya Allah...selamatkanlah mulut kawan aku yang sorang ni...amin...dia
tersenyum, walaupun kata-kata Hani kadang kala menyakitkan telinga
tetapi dia tahu bahawa temannya itu mempunyai sekeping hatiyang baik.

" Boleh, tapi dengan syarat jangan lama-lama sangat tau...aku ada
perjumpaan kelab majalah sekolah petang esok,kalau tak datang apa pulak
kata budak-budak lain "

" aku faham...maklumlah, ketua pengarang sekolah la katakan... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience