BAB 1

Drama Completed 497

Ada bermacam ragam manusia yang kita boleh jumpa di universiti, dari
situ timbul pula pelbagai puak mengikut keserasian mereka bersama. Ada
geng popular, geng otai, ada geng skema, ada juga geng tudung labuh, tak
terkecuali geng gila kuasa. Aku? Aku tidak masuk dalam geng mana-mana,
skema pun aku, otai pun aku, tapi aku tak gila kuasa. Haha.
Yang paling jadi tumpuan di dalam universiti pastinya geng popular, geng
ini popular kerana pelbagai sebab, ada yang jaguh dalam sukan, ada yang
terbaik dari segi akademik, ada pula popular bersandarkan paras rupa
walaupun otak tak sebijak mana, yang peliknya geng inilah yang paling
menyerlah.
Dalam satu geng popular ni, ada sorang mamat yang jadi pujaan hati aku.
Memanglah dia kacak, tapi ramai lagi yang kacak, yang buat aku sukakan
dia adalah sebab wajahnya lembut, manis dan macam budak yang baik. Macam
mana aku nampak dia baik? Sebab lelaki yang baik kan untuk perempuan
yang baik, begitulah sebaliknya. Aku rasa aku ni baik, jadi mesti Adeeb
Jehanshah pun baik kan. Hehe.
Nama pujaan hati aku tu, Adeeb Jehanshah , namanya itu pun sudah
menggambarkan dia itu kacak kan? Eh jangan jatuh hati, Adeeb itu aku yang
punya, Zya Deana ! Ingat tu, Zya Deana !
Masalahnya, insan yang bernama Adeeb Jehanshah ni bukan menjadi pujaan aku
sorang, tapi beribu orang lagi dalam universiti ni. Nasib la, orang
kacak macam dia, peliklah kalau tak menjadi pujaan ramai kan? Dan nasib
aku jugak, suka pada jejaka pujaan ramai ni. Tapi bagi aku, barulah
mencabar bila kita suka pada jejaka pujaan ramai sebab banyak
persaingan. Bila sekali dia layan kita, kita akan rasa yang kitalah
insan paling bertuah atas muka bumi ni dan bila orang lain cemburu,
itulah kemenangan buat kita. Hahaha.
Satu lagi masalah besar aku, aku ni takut nak tunjuk yang aku sukakan
dia. Aku lebih rela berdiam diri macam tunggul kayu daripada mencuri
peluang untuk mendekatinya. Adeeb Jehanshah ni sekelas dengan aku, tapi aku
tak pernah bertegur sapa dengan dia. Aku ni macam tak pernah wujud di
mata dia. Haish! Susah, tapi aku lebih rela memendam rasa dari
menanggung malu. Bila ada budak perempuan lain dok bersembang dengan
dia, mulalah aku rasa cemburu, tapi nak buat macam mana, aku sendiri
yang tak berani. Padan muka aku kan? Padahal peluang selalu ada depan
mata. Ish ish ish.
“Zya ! Apsal dok tergeleng-geleng dari tadi ni?” Riya, sahabat baikku
yang jugak roomateku, muncul entah dari mana, menepuk bahuku yang sedang
baik punya mengushar Adeeb Jehanshah dari jauh di dalam perpustakaan itu.
Potong stim betul minah ni kan?
“Tak ada apalah Ya, aku dok study ni, tak paham betullah,” aku cuba
mencari alasan sambil menunjuk ke arah buku notaku di hadapan.
“Tengok buku terbalik, memang la tak paham,” kata-kata Riya itu
membuatkan aku cepat-cepat membetulkan semula kedudukan buku itu sambil
tersengih padanya.
“Kau study ke dok mengushar eh?” Riya cuba meneka.
“Eh ushar sapa pulak? Mana ada siapa-siapa yang aku tengah ushar. Tak
ada masa aku nak skodeng orang.”
“Aah la, kau bukan suka kat siapa-siapa pun kan.” Riya
mengangguk-angguk. Malunya aku dengan perasaanku sendiri, sampaikan
Riya, sahabat baikku sendiri pun tak tahu aku sukakan Adeeb Jehanshah .
Pandai aku simpan rahsia kan?
Riya mengambil duduk di sebelahku sambil membuka buku yang dipegangnya
sedari tadi. Dia mula khusyuk membuat ulangkaji tanpa mempedulikan aku
lagi. Peluang baik ni! Aku kembali memandang tempat Adeeb Jehanshah nun di
hujung meja sana, namun masih mampu kulihat dengan jelas. Adeeb Jehanshah
sedang asyik menerangkan sesuatu pada seorang gadis, juga budak
sekelasku. ‘Ah mesti budak tu sengaja buat-buat tak faham, senang dia
nak bertanya Adeeb kan!’ hati aku jadi panas, mentang-mentang Adeeb memang
budak pandai, kacak pulak tu, semua orang tak mahu lepaskan peluang
untuk mendekatinya, almaklumlah pakej lengkap. Huh!
“Zya , aku peliklah dengan kau ni,” Riya yang terdiam sedari tadi
tiba-tiba bersuara. Aku pandang wajah Riya yang seolah sedang memikirkan
sesuatu.
“Apa kau ni? Tiba-tiba saja!”
“Aku peliklah... dekat universiti ni selalunya, mesti ada sorang lelaki
yang kita akan suka. Kalau bukan suka pun, kita minat. Tapi kau ni,
sejak aku kenal kau dari first year dulu, tak pernah pun aku tahu kau
minat siapa. Kau pun tak pernah tunjuk yang kau minat pada siapa.”
Aku menelan liur.
“Tak peliklah. Dah aku tak minat siapa-siapa, nak buat macam mana. Yang
kau tu, kau ada ke minat kat siapa-siapa?” aku cuba bertanya sebab aku
ni jenis tak pandai nak meneka.
“Mestilah ada, kau tak perasan ke selama ni?”
“Eh ye eh? Aku tak perasan pun.”
“Ei blur la kau ni Zya .”
“So siapa?” aku rasa ingin tahu.
“Rahsia!”
Riya tersengih sambil menyambung kembali ulangkajinya.
“Eii tak nak bagitahu pulak!”
“Cubalah cari sendiri!”
“Kelas mana? Kelas kau ke? Kelas aku ke? Kelas lain ke?”
“Tak nak cakap!” Riya membuat isyarat men‘zip’ mulut.
Aku mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience