BAB 5

Drama Completed 497

Lagi beberapa minggu saja aku akan menamatkan pengajian di universiti
ini, dan dengan bangganya aku mengisytiharkan, cintaku masih lagi
kurahsia. Oh tak sangka, begitu hebat sekali aku menyimpan cinta ini
sampai tiada siapa yang dapat mengesannya.
Riya? Aku masih belum dapat meneka. Ya! aku memang peneka yang lembab,
aku tahu sangat tu. Tak payah nak ulang. Macam mana aku nak tahu, bila
aku keluar dengan Riya saja, pasti tiada kekasih hatinya yang akan
muncul. Cuma dia akan bergayut di telefon atau bersms saja dengan
kekasih hatinya itu. Pandai betul Riya main sembunyi-sembunyi kan. Tega
benar dia tak mahu mengakui siapa kekasih hatinya padaku kan? Huh,
itulah Riya.
Eh, panjang umurnya, tiba-tiba saja aku boleh ternampak Riya sedang
asyik bersembang dengan seseorang dengan mesranya di dalam kafeteria. Eh
kenapa tiba-tiba rasa kabur pulak mata ni bila nak tengok wajah mamat
tu. Aku gosok-gosok mata aku dengan penuh perasaan. Aku cuba lihat semula.
Hah! Betul ke ni? Aku gosok-gosok lagi mataku. Ah betullah! Adeeb
Jehanshah ! Memang sahlah selama ni, ramalanku benar belaka. Oh sedihnya.
Air mata mula bertakung di tubir mata, tak sangka, begitu perit pula
bila jejaka yang kita cintai dimiliki sahabat baik sendiri. Tak sanggup
pula aku nak meneruskan hasrat mengisi perut kat kafeteria ni, baik aku
berhambus sebelum aku meraung kat kafeteria ni, kang tak pasal-pasal aku
dituduh gila.
Aku berlari selajunya di dalam rintik hujan yang kian lebat, membawa
hatiku yang lara. Oh tipu, tak hujan pun masa tu dan aku tak berlari
sebaliknya berjalan lemah longlai. Lemah lutut aku dibuatnya. Air mata
yang nak keluar, aku seka cepat-cepat.
Begini rupanya rasa bila orang yang kita cintai dimiliki orang lain, dan
yang lebih memedihkan ialah pemilik hatinya ialah sahabat baik kita
sendiri.
Ok hati, sila tabahkan aku. Aku kuat, aku tak suka tunjuk emosi aku,
jadi sila jadi tabah. Ok terima kasih.
“Zya ! Apa yang kau buat kat sini?” oh tengok, perampas jejaka pujaan aku
dah muncul. Eh silap, sahabat aku dah muncul. Control Zya ! Control!
Aku tersenyum pada Riya sambil sapu-sapu pipiku, takut ada air mata yang
gugur.
“Eh, Zya , kau menangis ke?” alamak, silap teknik la pulak, kenapa aku
mesti sapu pipi masa depan dia ni?
“Eh tak adalah, pipi aku ni rasa berhabuk. Tu yang aku sapu.” Aku
memberi alasan walaupun rasa macam tak logik.
“Oh, ingatkan kau nangis. Ni kenapa jalan sorang-sorang ni, kau nak
pergi mana?”
“Aku? nak pergi kafe.”
“Kafe? Kafe arah sana la Zya . Aku baru balik dari situ.”
“Eh ye eh? Silap la aku ni kan? Ok aku pergi dulu!” aku berjalan
laju-laju ke arah kafe semula.
“Baby, sorry I’m late!”
Dari jauh aku dapat mendengar suara garau itu. Baby? Erk gelilah pulak.
Cepat-cepat aku berpaling ke belakang semula.
Riya sedang berbual dengan seseorang, tapi orang itu tidak jelas di
mataku. Siapa agaknya? Aku cuba menajamkan lagi mataku. Ah baru nampak!
Riya... dan Yusri? Hah! Yusri? Kenapa bukan Adeeb Jehanshah ? Kenapa Yusri
budak kelas aku yang lagi sorang ni pulak yang muncul? Kisah cinta tiga
segikah?
Aku memerhati dari jauh, melihat kemesraan Riya dan Yusri pula. Dush!
Yang mana satu Riya nak ni? Yusri ke Adeeb Jehanshah ? Aku sendiri naik pening.
Takkanlah Riya pandai bermain kayu tiga, kira hebatlah dia kalau boleh
tundukkan dua jejaka pujaan universiti dalam masa yang sama. Aku kena
belajar ilmu dari dia ni. Hahaha. Eh tapi Adeeb Jehanshah dah jadi milik
dia jugak. Huwaaa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience