BAB 6

Drama Completed 497

Aku duduk sendirian di dalam kelas waktu itu, semua pelajar lain belum
masuk, sengaja aku datang awal sebab lepas solat Zuhur di surau tadi
terus aku masuk kelas. Lagi beberapa hari final exam akan bermula, aku
jadi bimbang sebab tu aku mahu habiskan banyak masa dengan
mengulangkaji, bukannya memikirkan cinta yang tak kesampaian.
Aish baru cakap tak kesampaian, dah sampai pulak! Aku menepuk dahiku
sendiri bila terlihat kelibat Adeeb Jehanshah memasuki kelas. Demi
ternampak saja diriku sendirian di dalam kelas, terus dia menghampiri aku.
Duduk saja di bangku sebelahku, Adeeb Jehanshah terus bersuara.
“Lama tak cakap dengan awak Zya , rindu pulak.”
Erk, apa main sebut rindu-rindu ni? Bikin hatiku terawang saja.
“Saya ada saja kat sini. Lainlah macam orang tu, busy aje, awek keliling
pinggang.”
“Amboi perli nampak. Saya mana ada awek.”
Amboi mamat ni, boleh pulak tak mengaku. Sekali aku lesing!
“Tak payah tipulah Jehanshah . Saya nampak la...”
Mata Adeeb Jehanshah membulat.
“Nampak? Nampak apa?”
“Nampak awak dengan awek awak la...” aku tersengih. Ya memang hati rasa
perit, rasa ngilu, tapi wajah kenalah control, tak boleh tunjuk sedih,
kena ceria depan pujaan hati. Huk huk.
“Merepeklah awak ni. Saya memang tak ada...”
“Eh tak apa. Saya tak perlu tahu pun. Baguslah awak dah ada awek, moga
awak bahagia dengan kekasih hati awak, cuma jangan buat sombong pada
peminat awak ok? Hargai mereka tau!”
Adeeb Jehanshah kematian kata.
Aku tersenyum padanya sebelum bangun, konon-kononnya nak ke tandas,
padahal tak sanggup pula aku nak berduaan dengan Adeeb Jehanshah , bercakap
pasal kekasih hatinya pula tu! Baik aku tunggu sampai kelas penuh, baru
aku masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience