BAB 7

Drama Completed 497

Aku mengemas beg dan barang kelengkapan lain, setelah tiga tahun di
universiti ini, sayang pula nak tinggalkan segalanya. Tapi nak buat
macam mana, aku harus teruskan hidup dan berdepan dengan cabaran di
dunia luar. Haish!
Riya yang sedari tadi asyik bersms sambil tersengih-sengih kembali
mengemas barangnya semula di atas katilnya di sebelah katilku.
“Ya, dah lama kita kawan kan? Tapi sampai hari ni aku masih belum tahu
siapa kekasih hati kau. Kau pun tak mahu cakap. So memandangkan hari ni
hari terakhir kita, sudi tak kau beritahu aku?” aku tiba-tiba bersuara,
memecah hening.
Riya merenung padaku lantas tersenyum.
“Ok, sorry sebab selama ni tak pernah beritahu kau. Bukan aku tak nak
beritahu, cuma aku nak suruh kau teka. Tapi kau ni malas betul nak teka,
padahal orang tu dalam kelas kau je pun.”
Aku tergamam sendiri. Kelas aku? Sahlah! Tapi Yusri ke Adeeb Jehanshah ? Ke
dua-dua? Ish ish ish.
“Aku sebenarnya dapat agak dah. Cuma tak terluah aja.”
“Oh ye eh? Siapa?” Riya kelihatan teruja.
“Adeeb Jehanshah ?” aku meneka lambat-lambat. Perit pulak nak sebut.
“Hah!” Riya kelihatan terkejut.
“dan Yusri kan?” aku menebak lagi. Hah, ambik, dua-dua nama aku sebut.
Riya menggeleng-geleng, tidak percaya dengan telahanku agaknya. Aku
tahulah tekaan aku itu tepat belaka.
“Satu betul satu salah.”
“Eh tapi bukan kau kawan dengan dua-dua ke? Sebab aku tengok dengan dua
orang tu yang kau bukan main mesra lagi.”
“Merepeklah kau ni! Pujaan hati aku tu cuma Yusri sorang je tau. Apa
kelas Adeeb Jehanshah tu!” Riya mencebik.
Oit, suka hati dia cakap jejaka pujaan aku tu tak ada kelas! Eh tapi ini
maknanya...
“Aku tak ada apa-apa la dengan Adeeb Jehanshah tu. Macam mana kau boleh
teka dia pulak?”
Aku berjeda seketika, masih cuba memproses aZya yang keluar dari mulut
Riya, masih tidak percaya dengan kenZya aan itu.
“Hari tu, aku pernah tengok kau bukan main mesra dengan Adeeb Jehanshah
dalam kafe, lepas tu aku jumpa kau dengan Yusri pulak. Sebab tu aku
sangka...”
“Kau sangka aku main kayu tiga? Ish ish ish. Nauzubillah Zya ! Aku bukan
macam tu la.”
“Maafkan aku, cuma itu yang aku nampak.”
Riya bangun dari katilnya dan duduk di sisiku.
“Aku jumpa Adeeb Jehanshah hari tu sebab nak ucapkan terima kasih.”
“Terima kasih?”
“Ya, dia yang buatkan Yusri sedar cinta aku pada dia. Apa entah yang
Adeeb Jehanshah terangkan sampai Yusri sudi terima aku, tapi Yusri la
cakap, Adeeb dah sedarkan dia tentang sesuatu yang dia lupa, menghargai
cinta.”
Aku gumam. Bukankah itu aZya ku pada Adeeb Jehanshah dulu?
“Seperkara lagi...” Riya mengelus lembut tanganku.
“Aku tahu kau tak pernah sukakan sesiapa, tapi ada orang yang sukakan
kau, sejak dulu lagi, sejak dari awal kita masuk universiti ni...” Riya
cuba berteka-teki.
“Siapa pulak?” aku tidak sabar.
Riya tersenyum sambil menepuk bahuku.
“Adeeb Jehanshah .”
Kata-kata Riya buatkanku terlopong.
“U..uuJehanshah ?” aku tergagap.
“Aah, yelah. Dari dulu dia sukakan kau Zya , tapi dia takut nak luah,
takut kau tak boleh terima dia. Selama ni dia pendam je rasa cinta dia
Zya , Yusri yang beritahu aku.”
Lidahku kelu. Aku fikirkan akulah pencinta rahsianya, rupa-rupanya
dialah pencinta rahsiaku. Aduh.
“Kenapa ni Zya ? Kau ok ke?”
“Aku ok.”
Aku tunduk memandang lantai. Rasa sebak bercampur gembira menyelimut
diri. Adakah segalanya sudah terlambat untuk aku mengakui perasaanku
sendiri padanya?
“Yusri ada beritahu aku yang kau pernah cakap pada Adeeb yang kau ada
seseorang yang kau suka tapi kau tak berani luah. Betulkah Zya ? Siapa
orang tu?” Riya menggoncangkan bahuku dengan perasaan ingin tahu.
Air mata yang ingin mengalir kubiarkan laju membasahi pipi. Perlahan aku
mengangguk pada Riya.
“Adeeb Jehanshah .” Aku membalas perlahan-lahan.
Riya tersentak.
“Jadi... jadi selama ni... kau pun ada hati pada dia? Baguslah macam tu
Zya !”
“Aku.. aku tak sangka Ya. Aku fikir dia tak pernah sedar kewujudan aku.”
“Kau jangan merepeklah Zya . Aku seronok untuk kau, sekurang-kurangnya
cinta kau berbalas. Tak macam pencinta rahsia yang lain.” Riya tersenyum
sambil memeluk erat diriku.
“Betul ke dia pun cintakan aku Ya?”
“Betul Zya ! Percayalah. Aku tak tipu.”
Aku tersenyum dalam sebak dada yang kutahan.
“Tapi kau ni memang perahsia gila, sampai aku tak sedar pun ada orang
yang kau suka.” Riya menyambung lagi.
Aku tersenyum, namun hatiku dipagut gundah. Apa yang harus kulakukan
esok? Berhadapan dengan Adeeb Jehanshah dan berterus-terang tentang
perasaanku? Ahh aku malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience