BAB 2

Drama Completed 497

“Kak, kak dari kos Business Management kan?” seorang gadis tiba-tiba
bertanya pada aku saat aku tengah menuju ke tandas selepas kuliah selesai.
“Ya, kenapa adik?” alang-alang dia panggil aku kakak, baik aku panggil
dia adik, sebab rasanya aku lebih tua kot. Budak ni macam tak cukup
kalsium je. Kecil molek budaknya.
“Boleh tolong saya tak akak?”
Aku mengerut dahi. Apa pulak yang budak ni nak suruh aku tolong ni?
“Apa dia? Kalau boleh tolong, akak tolong la.”
Gadis itu tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu agaknya nak cakap.
“Boleh tak tolong saya....” gadis itu keluarkan sesuatu dari begnya.
Sampul berwarna pink... Mesti ada surat dalam tu kan? Takkan duit pulak.
Eh duit pun boleh diletak dalam sampul. Tapi apa motifnya nak bagi aku
duit pulak? Rasuah ke? Eh apa aku merepek ni?
“Boleh tak akak bagi surat ni pada seseorang dalam kelas akak,” gadis
itu berbicara sambil menghulur surat itu padaku.
Aku mengambil surat itu dari tangannya lantas memandang wajahnya semula.
“Boleh tu boleh, tapi nak bagi pada siapa dik? Lecturer akak, Puan Gayah
yang garang tu ke?” aku berseloroh.
“Eh.. eh jangan kak!” gadis itu pucat lesi. Aku ketawa kecil. Seronok
pula kenakan budak kecik ni.
“Akak gurau jelah. Habis tu nak bagi siapa ni?”
Gadis itu tersengih lagi. Aiyoo pemalunya ini budak.
“Bagi dekat abang Adeeb boleh kak?”
Gulp! Kenapakah...
“Adeeb ?”
“Aah. Abang Adeeb . Tolong ya kak! Saya tak tahu nak mintak tolong siapa
lagi, dengan akak je saya berani mintak tolong sebab akak nampak macam
orang yang boleh dipercayai.”
Amboi-amboi, lancar benar mulut budak ni memuji-muji aku ya. dia tak
tahu, akulah peminat nombor satu Adeeb Jehanshah , kang tak pasal-pasal
surat ni aku koyak, naya dia. Hahaha!
“InsyaAllah, nanti akak sampaikan,” laju saja mulut aku membalas. Inilah
jadinya bila hati dan mulut tak berkerjasama. Hati cakap lain, mulut
janji lain. Dush!
Lesap saja budak itu dari pandangan, aku belek-belek sampul itu. Ikut
hati, mahu saja aku koyak sampul itu dan baca isi di dalamnya, tapi
amanah orang. Tak sanggup pulak aku tanggung dosa gara-gara mengikut
hati aku.
Adus! Masalah pulak nak berjumpa Adeeb . Sepanjang tiga tahun kat
universiti ni, belum sekalipun aku bercakap dengan Adeeb . Eh bukan dengan
Adeeb saja, dengan semua budak lelaki dalam kelas aku, aku tak pernah
cakap. Kalau cakap pun semua atas urusan pembelajaran, macam
perbincangan di dalam kumpulan, kalau sengaja aku nak bercakap, memang
tak la. Adus kusut!
Dari jauh lagi, aku nampak Adeeb Jehanshah sedang duduk sendirian di dalam
perpustakaan, mana gengnya yang lain, aku sendiri tak pasti, tapi Adeeb
Jehanshah memang rajin study di situ. Aku peminat nombor satunya, mestilah
aku tahu!
“Err, assalammualaikum,” aku beranikan diri menegur.
“Waalaikumussalam,” Adeeb Jehanshah pandang wajahku dengan riak terkejut.
“Err, Jehanshah ...” aku bersuara takut-takut.
“Zya Deana kan?” dia menyoal. Wah! Tahu juga dia namaku, ini yang nak
kembang semangkuk ni.
“Aah. Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak ni.”
“Apa dia Zya ?”
Erk... lembut pulak bila dia panggil namaku macam tu. Cair! control Zya ,
control, jangan tunjuk perasaan kau.
Surat dari dalam saku baju kurungku segera ku keluarkan lantas kuletak
di atas mejanya.
“Ada orang bagi,” pendek saja aku berkata.
“Siapa?” Adeeb Jehanshah bersuara sambil mengangkat surat itu dan
dibelek-belek seketika.
“Entah! Saya pun tak tahu. Ada budak kos mana entah bagi dekat saya
semalam.”
“Bukan awak sendiri yang bagi surat ni?” Adeeb Jehanshah menduga. Aku mencebik.
“Tak kuasa saya nak tulis surat, lepas tu hantar sendiri. Baik cakap
terus depan mata,” aku sedikit bengang.
“Amboi, garangnya. Sorry-sorry. Duduklah dulu.”
“Ei tak naklah. Saya pergi dulu,” aku cepat-cepat mahu berlalu.
“Zya !” Adeeb Jehanshah menjerit memanggilku membuatkan semua mata
tertumpu padaku. Cepat-cepat aku berkalih memandangnya semula.
“Nak apa?” aku bercakap dalam nada yang kukawal.
Adeeb Jehanshah melambai, memberi isyarat meminta aku kembali padanya.
Dengan berat hati aku kembali ke arahnya.
“Ada apa lagi?”
“Terima kasih ya, jadi posmen karat saya.”
“Huh!”
“Ala jangan la garang-garang macam ni. Tak sangka saya, budak paling
diam dalam kelas, sikit punya garang macam ni.”
Aku terdiam. Budak paling diam? Haha. Rasa nak gelak pulak, aku yang
sikit punya havoc ni dilabel budak paling diam. Biar betul!
“Budak paling diam? Bila masa pulak saya pendiam. Saya ok je.”
“Yelah. Awak pendiam. Tak pernah cakap dengan budak lelaki. Kami semua
segan nak dekat dengan awak tau.”
“Dah awak semua yang tak nak cakap dengan saya, takkan saya terhegeh
pulak nak cakap dengan awak semua.”
“Oh macam tu eh, jadi kalau saya cakap dengan awak, awak sudilah cakap
dengan saya.”
“Yelah!” aku menegaskan.
“Bagus-bagus. Sekarang saya nak cakap-cakap dengan awak. Meh la duduk dulu.”
Aku pandang wajahnya seketika, Adeeb Jehanshah seperti berharap. Dalam
debaran dada yang tak surut-surut, aku duduk juga berhadapan dengannya.
Sekali-sekala tengok buah hati depan mata, best jugak. Peluang ni.
“Ada apa lagi?” aku menyoal sambil tanpa sedar tanganku membelek surat
yang kuletak di atas meja tadi. Ralit sangat sampai tak sedar perbuatan
sendiri.
“Nak baca bukak la.” Kata-kata yang keluar dari mulut Adeeb Jehanshah
membuatkan aku tersedar yang tingkahlakuku itu tidak sepatutnya berlaku.
Perlahan surat itu kuletakkan jauh dariku dan lebih hampir dengan Adeeb
Jehanshah . Adeeb Jehanshah cuma gelak saat mengambil surat itu semula.
Surat itu dibuka lantas isinya dibaca dengan sedikit kuat, membolehkan
aku mendengar dengan jelas.
“Saya sering memerhatikan saudara dari jauh. Saya mahu berkenalan dengan
saudara dengan lebih rapat.” Adeeb Jehanshah membaca sambil tergelak-gelak.
Aku menjadi agak bengang dengan tingkahnya itu.
“Awak, jika memang awak tak suka dia, jangan gelakkan dia sampai macam tu.
Awak tak tahu betapa susahnya dia nak mengarang ayat supaya sedap
dibaca, ayat-ayat yang tentu saja dari hatinya. Kalaupun awak tak suka dia, sila
hormati dia sebagai wanita yang dah korbankan ketinggian harga dirinya
semata-mata untuk meluahkan rasa cinta dan penghargaan kepada awak.”
Adeeb Jehanshah terdiam, mungkin terkesan dengan kata-kataku. Siapa suruh
dia berkelakuan sebegitu, aku fahamlah dengan perasaan secret admirer
macam adik tu sebab aku pun salah seorang dari mereka. Aku faham isi
hati yang mereka cuba terangkan namun pada masa yang sama, tidak
menyimpan harapan yang tinggi, cukup sekadar insan yang mereka cintai,
mengetahui isi hati mereka. Tapi kes aku lain, sebab aku lansung takut
nak luahkan isi hati aku.
“Er, saya minta maaf Zya . Saya tak pernah terfikir sampai macam tu.
Yang saya tahu, saya dah cukup muak dengan surat-surat macam ni. Dah
terlalu banyak sampai saya rasa jemu.”
Aku mengetap bibir. Memang begitulah perasaan seorang yang menjadi
pujaan ramai, terlalu disogokkan dengan kata-kata cinta sampaikan sudah
jemu, walhal setiap satu surat itu haruslah dihargai sepenuh hati
kalaupun tak mahu membalas cinta mereka.
“Saya balik dululah Jehanshah . Tak ada apa lagi untuk saya buat kat sini.”
Aku meminta diri, tidak tahan berlama di situ sambil mendengar keluhan
seorang pujaan ramai tentang hidupnya yang dihimpit dengan terlalu
banyak cinta. Ah sungguh tak bersyukur!
“Eh nanti Zya , saya minta maaf. Nampaknya awak begitu sensitif tentang
hal ni. Awak pernah dikecewakan pujaan hati awak ke dulu?” Adeeb Jehanshah
cuba menduga.
“Tak pernah sebab saya tak pernah luahkan pun. Cuma saya faham perasaan
orang lain yang sukakan awak. Awak tak sepatutnya mentertawakan mereka,
cuma kerana mereka buat kerja bodoh bila sukakan awak!”
Adeeb Jehanshah gumam.
“Saya.. saya minta maaf Zya .”
“Tak perlu minta maaf dengan saya sebaliknya minta maaflah dengan
peminat-peminat awak. hargailah mereka. Kalaupun awak tak sukakan
mereka, tapi tunjukkanlah yang awak hargai mereka sebagai orang yang
memuja awak walaupun awak tak sempurna.”
“Tapi kalau saya buat begitu, saya risau mereka menaruh harapan pada saya.”
“Setiap mereka yang meluahkan rasa cinta pada awak, pasti mengharapkan
balasan dari awak, tapi tak salah jika awak layan mereka seeloknya.
Sekurang-kurangnya bila mereka keluar dari universiti nanti, mereka
masih mampu simpan kenangan manis yang mana insan pujaan mereka melayan
mereka dengan baik walaupun tidak membalas cinta mereka. Cuba hargai
cinta mereka Jehanshah walau dengan hanya melayan mereka dengan baik, itu
sudah cukup bagi mereka. Percayalah.”
Aku terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Ada kesedihan dalam
hati ini yang cuba kubendung, biarpun bukan aku yang ditertawakan, namun
aku dapat memahami perasaan mereka yang menyukai Adeeb Jehanshah sebab aku
pun salah seorang darinya. Kalaulah aku ini yang menulis surat itu tadi,
pasti aku sudah menangis mendengar kata-kata Adeeb Jehanshah .
Ahh! Kenapa biarpun aku sudah mendengar jawapan dari mulut Adeeb Jehanshah
tentang insan-insan yang memujanya itu, aku masih tak mampu nak luputkan
rasa cinta yang bersemi ini? Adus! Parah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience