BAB 4

Drama Completed 497

“Zya , aku happy gila hari ni! Jom aku belanja makan.” Riya menarik
bahuku yang sedang berjalan di koridor. Apa kena tak tahulah budak
sorang ni. Aku pandang wajah Riya dengan penuh tanda tanya.
“Kau tahu tak Zya , pujaan hati aku dah balas cinta aku la. Best giler!”
Riya tersengih-sengih sampai ke telinga. Aku tergamam, kenapa bila Riya
sebut pujaan hati dia, dalam fikiran aku cuma terbayang wajah Adeeb
Jehanshah eh? Takkanlah...
“Betul ke ni Ya? baguslah kalau macam tu.” Aku cuba bertenang, lagipun
aku belum betul-betul pasti insan yang dimaksudkan Riya itu benar-benar
Adeeb Jehanshah .
“Seronok gila aku Zya , dah lama aku luah yang aku sukakan dia, baru
sekarang dia nak balas. Entah apa mimpi dia agaknya kan?” Riya tersengih
lagi, tapi hatiku pula yang tak keruan. Takkanlah kerana kata-kataku
tempoh hari, Adeeb Jehanshah terus memilih Riya sebagai kekasih hatinya?
Aduh pedihnya hatiku. Eh nanti, baik aku pastikan dulu. Kang sia-sia
saja kesedihan aku ini kalau benda dalam otak aku ini tak berasas.
“Riya, dari dulu kita kawan kan? Kenapa aku tak tahu pun siapa yang kau
suka?”
“Itulah masalah kau. Tak pandai nak nampak yang tersirat dalam hati aku
ni. Haha! Ah sekarang aku tak nak beritahu kau. Kau nak tahu, kau
selidik lah sendiri.” Riya menegaskan.
Aku menelan liur. Susah betul nak memastikan kesahihan perkara yang
sedang bermain dalam mindaku saat itu. Oh harap-harap tak betul!
Riya berjalan pantas ke arah kafeteria sambil aku membontotinya dengan
mindaku berselirat dengan andaian yang bertubi-tubi. Janganlah Adeeb
Jehanshah ! Noo!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience