BAB 8

Drama Completed 497

“Sorry Zya , Adeeb Jehanshah dah berlepas ke London malam tadi, uruskan
bisnes family dia di sana.”
Air mataku tumpah lagi saat mendengar perkhabaran dari mulut Riya. Pasti
Yusri yang mengirim khabar itu. Baru saja aku terfikir nak bertemu Adeeb
Jehanshah buat kali terakhir dan memastikan perasaan cinta ini,
sedar-sedar dia sudah pergi jauh. Mungkin benar aku tidak dijodohkan
bersamanya dan kekal sebagai pencinta rahsia saja.
“Tapi sebelum dia pergi...” Riya mengeluarkan sampul surat berwarna pink
itu dari kocek seluarnya.
“Ini untuk kau, bacalah.” Riya menghulurkan padaku, lantas memelukku erat.
“Aku doakan kau bahagia Zya ! Nanti kahwin jangan lupa jemput aku tau.”
Aku tersenyum, tidak pasti hendak gembira atau berduka kerana arah tuju
cintaku ini masih kabur.
“Kau pun, jaga diri elok-elok. Keep in touch. Aku doakan jodoh kau
dengan Yusri panjang.”
“Amin....”
Saat Riya sudah membolosi perut kereta untuk pergi selamanya dari
universiti itu, aku segera kembali ke kamar, memandangkan keluargaku
cuma akan mengambilku petang nanti.
Saat merebahkan diri di atas katil, surat yang tergenggam erat dalam
tanganku segera kubaca.

Assalammualaikum,
Menemui pencinta rahsia saya, saya tak menyangka yang selama ini Zya
juga punya perasaan yang sama buat saya, biarpun berita ini lambat
sekali saya terima, namun perkhabaran ini cukup menggembirakan.
Terima kasih Zya Deana , sebab sudi jadi pencinta rahsia saya. Maafkan
keterlanjuran saya yang tidak menghargai mereka yang meminati saya. Saya
khilaf tetapi awak telah menyedarkan saya. Dan saya sangat gembira
kerana awak juga termasuk di kalangan mereka.
Buat pencinta rahsia saya, ketahuilah bahawa saya juga sudah lama
menjadi pencinta rahsia awak, mungkin lebih awal dari awak mencintai
saya, dan hingga ke hari ini, saya masih mencintai awak dan akan
selamanya mencintai awak.
Maaf sebab tak dapat bertemu awak untuk kali terakhir, sejak dulu lagi
saya teringin sekali nak bercakap dengan awak, malangnya saya terlalu
malu nak menegur awak, dan awak juga tidak mahu menegur saya.
Saya harap awak boleh tunggu saya Zya Deana , InsyaAllah dalam masa
tiga tahun, saya akan kembali ke Malaysia. Tolong tunggu saya Zya ,
please! Saya sangat mengharapkan penantian awak. saya cintakan awak
Zya Deana .
Pencinta rahsiamu,
Adeeb Jehanshah .

Aku terdiam. Akhirnya Adeeb Jehanshah mengetahui isi hatiku. Ini mesti
kerja budak Riya tu. Ish! Nasib baik dia dah pergi, kalau tak, siaplah!
Aku tersenyum sendiri. Ah panjang sungguh tiga tahun, lama lagi nak
bertemu kembali. Sanggup ke aku tunggu sampai tiga tahun eh? Eh sangguppp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience