BAB 7

Other Completed 248

Seperti badminton sendiri, kurangnya masyarakat melayu dan india yang mahu terlibat secara serius dalam bidang ini.

Persepsi seperti ini tak sepatutnya ada dalam minda masyarakat kita kerana sukan sendiri sebenarnya boleh menjadi platform terbaik untuk menyatukan rakyat. Aku sempat mengeluh sendiri.

Kedudukan ranking aku semakin meningkat setiap kali aku menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, aku cuba konsisten untuk berjaya sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir setiap perlawanan.

*Kejohanan Piala Thomas*

Malaysia berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Thomas dan perlu berhadapan dengan gergasi besar dunia badminton iaitu China. Tiket perlawanan telah dikhabarkan sold out seawal pagi bagaikan jualan pisang goreng panas.

Rakan-rakan seperjuanganku telah memberikan yang terbaik dan kini kedua-dua pasukan terikat dengan mata dua sama. Aku menjadi pemain terakhir yang bakal menentukan keputusan kalah menangnya Malaysia hari ini. Kakiku melangkah berat bagaikan ada rantai besi yang mengikat.

“Farhan just main macam biasa ok, no need to stress. I know you can do it” Coach Haryanto sempat menyelit kata-kata semangat buatku.

Aku cuba bertenang walaupun ketika itu suhu tubuh badanku semakin berubah dingin. Perlawanan diteruskan, rakan seperjuangan tidak henti-henti memberi semangat dari arah tepi gelanggang.

Kedengaran namaku diraung-raung oleh penyokong-penyokong Malaysia yang sanggup hadir di bumi China ini untuk memberi sokongan padu. Bendera Malaysia yang mereka bawa, berkibar megah bagaikan dahaga akan kemenangan ini. Lin Zhi Hao pemain muda dari

China yang akan membuat perhitungan denganku kali ini, aku sedar ini pasti bukan laluan mudah untuk menentang bekas juara remaja dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience