“Why? Tak cukup ke? Okey then saya tambah, pergi lari 25 pusingan.”
What!! 25 pusingan? aku masih tercengang di saat coach Ah Beng terus-terusan menduga aku.
“Erk.. 25 coach?”
“Why? Still not enough ah?” Ringkas coach Ah Beng menyoal.
“Eh..cukup-cukup, saya lari sekarang.” Aku sedar angka pusingan yang perlu aku lari pasti akan bertambah andai aku terus di situ.
Aku mula berlari anak sekeliling padang, dalam masa yang sama mulut aku terkumat kamit sempat membebel sendiri melepaskan marahku pada coach Ah Beng.
“Sudah coach, complete 25 round.” Tercungap-cungap aku mendapatkan coach Ah Beng selepas selesai membuat larian 25 pusingan.
Aku terduduk penat, sebotol air mineral yang tersedia di meja berhampiran terus aku capai dan minum hingga tiada setitis lebihan air yang tinggal dalam botol itu.
“Get up!! Now saya mau kamu buat sit up 30 kali, push up 30 kali and then kita akan buat blip test untuk ujian masa.” Cukup tegas, tiada sedikit pun senyuman yang diukir untuk aku sepanjang latihan.
“Huh..Coach saya baru habis lari, bagi lah masa rehat sekejap.” Aku masih dapat merasakan seluruh kakiku kebas lenguh dengan larian tadi.
Simpati cuba ku raih untuk berehat sebentar.
“Only five minutes, then I want you to start the exercise immediately. Jangan ingat saya tak nampak tadi kamu berlari or berjalan.”
Tiada sedikit pun belas kasihan yang ditunjukkan.Coach Ah Beng terus beredar selepas memberi arahan seterusnya pada aku.
“Nak bunuh aku agaknya orang tua ni?” Aku tertanya-tanya kenapa latihan yang diberi begitu sukar dan memenatkan walaupun baru di hari pertama latihan. Bagai ada api menggelegak dalam diri bercampur perasaan tidak puas hati.
Share this novel