Aku mula menyertai pertandingan di peringkat daerah. Nama aku mula menjadi sebutan khususnya atlet-atlet badminton Teluk Intan.
Di saat aku mula menapak nama dalam arena sukan ini, tidak mampu untuk aku mengelak dari mendengar cacian orang sekeliling terutamanya saudara maraku sendiri yang memandang rendah terhadap pilihan kerjayaku ini.
“Orang lain semua kerja elok-elok dapat gaji besar, berjaya dalam hidup. Yang kau ni nak main badminton? Apa kau dapat?. Kau ingat sukan badminton tu ada masa depan ka?.”
Itu antara kata-kata sinis yang perlu aku hadap setiap kali bertemu mereka. Namun aku abaikan sahaja kerana aku sedar tulang belakangku yang sentiasa menyokong aku untuk terus berjuang masih setia berada disisi. Siapa lagi kalau bukan ayahku sendiri, Haji Marzuki.
Aku terus melangkah cemerlang hingga mewakili negeri Perak dalam Kejohanan Sukan Malaysia atau SUKMA.
Pingat emas mudah ku raih menewaskan pemain berpengalaman luas Chuah Yi Lun dari Pulau Pinang. Semangat dan keyakinanku memuncak dan di saat ini juga cintaku pada sukan badminton semakin mendalam.
*1 Tahun kemudian…*
Secara rasminya aku diikat kontrak sebagai pemain professional Malaysia di bawah naungan Badminton Association Malaysia (BAM).
Segalanya berbeza disini, jadual latihanku semakin padat setiap hari, ditambah peraturan-peraturan kontrak yang perlu aku patuhi. Kawalan pemakanan yang lebih teratur bersesuaian sebagai seorang atlet sukan serta disiplin diri yang menjadi keutamaan setiap pemain.
Di ketika usiaku mencapai 22 tahun, berada di bawah naungan BAM. Buat pertama kalinya aku menghampiri gelaran juara pertamaku di kejohanan GP Emas Terbuka Malaysia menewaskan pemain pilihan utama kojahanan dari Korea Selatan.
Share this novel