BAB 6

Other Completed 245

Penyokong tempatan mula menaruh perhatian, kepercayaan dan harapan padaku. Begitu juga dengan jurulatih yang diimport khas dari Indonesia untuk membimbing pemain perseorangan lelaki Malaysia.

“Good job Farhan, you deserve for the title today.”Coach Haryanto menghambur pujian buatku.

Keesokkan harinya ku lihat terpampang besar gambarku di front page hampir di semua surat khabar dengan tajuk-tajuk besar yang mengiktiraf kejayaanku sekaligus melabelkan diriku sebagai bintang harapan untuk menyinar di Olimpik.

Tak kunafikan Olimpik adalah satu pentas dunia yang diidam idamkan oleh setiap atlet untuk beraksi, namun harapan yang diletakkan itu bagaikan memberi tugas pengurus syarikat kepada seorang pekerja yang baru yang diterima berkerja.

Laman fac ku buka, beratus-ratus notification ku terima dengan friend request yang cukup banyak ingin menjadi teman alam mayaku sebagai peminat. Berhambur pujian ku terima dari minoriti rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tempatan.

“Tahniah Farhan Imran, awak harapan Malaysia”. – Aleeya Sofia

“Target For Olympic, Good Luck Bro” – Steven

“Congratulations Farhan, ayuh harumkan nama Malaysia. Malaysia Boleh!!!! – Rohindren

Aku mula takut, aku takut tenggelam dengan pujian-pujian yang tidak bernoktah, aku takut harapan yang mereka letakkan padaku tak mampu aku tunaikan.

Namun saat ini juga aku bangga melihat bagaimana rakyat Malaysia mampu bersatu hati menyokongku, menyokong negara kesayangan mereka Malaysia. Secara tak langsung satu persoalan singgah dimindaku.

Andai kita dengan berbilang kaum boleh berdiri di bawah satu bendera untuk menyokong setiap atlet sukan tanah air, kenapa sehingga kini masih ada persepsi hanya kelompok-kelompok kaum tertentu yang boleh terlibat aktif dalam sesuatu sukan?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience