BAB 6

Spiritual Completed 1078

“Lepas solat Zuhur,Ustaz Manan ada buat tazkirah dekat rumah dia.Itu yang orang ramai datang sini.Tak apa lah,abang masuk dulu..”lelaki berbaju melayu berwarna biru itu meninggalkan Adli dan Naim selepas memberi salam.

Dan tanpa kata,Adli dan Naim turut melangkah masuk ke dalam kawasan perumahan lelaki yang dipanggil Ustaz Manan itu.

“ALLAH tidak menyekat kebebasan manusia untuk mendapatkan kekayaan seperti harta benda, rumah kediaman dan perniagaan.Allah SWT juga tidak melarang manusia mengasihi ibu bapa, keluarga,anak isteri dan kaum kerabat.Walaubagaimanapun,kecintaan kepada Allah dan Rasul serta berjihad di jalan Allah hendaklah diutamakan daripada yang lain.

Setiap orang adalah pemimpin.Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Menjadi pemimpin bukanlah menjadi satu kebanggaan dan keistimewaan,sebaliknya ia adalah amanah yang perlu ditunaikan dan akan disoal oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.Contohnya, bapa adalah pemimpin dalam keluarga.Tugas seorang bapa adalah memimpin anak-anak serta isterinya supaya selamat dari azab Allah.Seorang suami haruslah memimpin isterinya ke jalan yang benar dan diredhai Allah.Jika suami seorang yang tersasar jauh dari landasan agama,bagaimana dia mahu membimbing keluarganya?Sudah pasti anak-anak dan isterinya tidak akan mengenal siapa Allah dan tidak pandai untuk melakukan ibadah yang dituntut.

Orang fasik ialah orang yang melakukan dosa dan mereka jelas menunjukkan penderhakaan kepada Allah serta tidak melaksanakan tuntutan islam dengan sewajarnya.Contohnya,seorang yang minum arak,meninggalkan solat lima waktu,meninggalkan puasa dan berzina.Orang fasik tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin dan tidak layak menjadi pemimpin keluarga..”

ADLI tersedar dari lamunan panjangnya.Tazkirah yang didengarnya ketika dia berada di rumah Ustaz Manan,kembali terniang-ngiang di telinganya.Orang fasik tidak layak menjadi pemimpin.

Tidak layak memegang status seorang suami.Argh,bagaimana dia mahu memiliki gadis bertudung labuh itu kalau dirinya fasik?Contoh orang fasik yang disebut Ustaz Manan,benar-benar terkena di batang hidungnya sendiri.

“Tapi aku tak minum arak!Aku tak berzina!”rengus Adli.Lambat-lambat tangan Adli mencapai buku agama yang dibelinya tempoh hari.Dengan tekad yang ada,dia mahu merubah seluruh kehidupannya!Dia tidak mahu menjadi hamba Allah yang fasik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience