“ASSALAMUALAIKUM.”
Si gadis bertudung labuh menoleh.Lelaki tinggi lampai dan kacak benar-benar berdiri di hadapan nya.Tergamam di seketika.Eei,hari ni dah masuk tiga kali dia bertemu dengan lelaki ini.Jodoh ke hah? Argh,mengarut betul!
“Waalaikumussalam..”jawab si gadis bertudung labuh,perlahan.
“Awak masih ingat saya kan?Saya Adli.”ujar Adli.Lambat-lambat si gadis bertudung labuh angguk kepala.Tidak terniat di hati mahu memberitahu namanya kepada lelaki bernama Adli ini.
Untuk apa?Tiada kepentingan pun!
“Awak anak Ustaz Manan ya?”sudah tahu ditanya lagi!
“Iya.”pendek jawapan yang diberikan si gadis bertudung labuh ini.Adli mencari idea.Apa lagi yang nak ditanya eh?Bukan senang nak jumpa minah ni.Adli garu kepalanya yang tidak gatal.Si gadis bertudung labuh sudah tidak senang duduk.Rasa tidak selesa apabila dalam keadaan senyap dengan lelaki bukan muhrimnya.Sudahlah tak kenal!
“Ayura Saerah !”
“Ya babah!”
Tanpa kata si gadis bertudung labuh bernama Ayura Saerah itu meninggalkan Adli.Ayura Saerah ?Nama dia Ayura Saerah ?Nice name!
DUA minggu berlalu..
“Siapa babah?Ayura Saerah kenal dia ke babah?”soal Ayura Saerah sambil duduk bersimpuh di hadapan babah dan uminya.Apa yang diperkatakan babahnya,amat mengejutkan dirinya.Siapa tidak terkejut bila tiba-tiba ada orang datang meminang?
Share this novel