KEESOKAN harinya,Adli menerima ajakan Naim untuk makan tengahari di sebuah restoran yang baru sahaja beroperasi beberapa minggu.Restoran yang menyediakan makanan western.Nampak sedap,tapi untuk kenyang.. mungkin tidak!
“Eei,kau ni Fit.Restoran western jugak yang kau pilih.Boleh kenyang ke hah?Tengahari terik macam ni,makan nasi baru jalan weii.”rungut Adli setelah pesanan diambil.Bukan dia yang membuat pesanan,tetapi Naim yang beria-ria memesan untuknya.Ah,apa-apa ajelah!
“Alah kau ni.Bukan selalu pun bhaii!Hari ni aje kot.Lagipun,aku belanja okey?Duit kau,kau simpan dalam poket.” Naim tersengih.Adli geleng kepala lalu melarikan anak matanya memerhati keadaan dan dekorasi restoran western yang baru dibuka ini.
Di pintu masuk,dia terpandang seorang gadis menarik tangan kawannya yang bertudung labuh untuk masuk ke dalam restoran yang dia huni sekarang.Lama dia memerhati adegan tarik menarik itu.
Kemudian,wajah si gadis bertudung labuh dipandangnya.Gadis di kedai buku semalam!Gadis yang dilanggarnya. Jumpa lagi akhirnya!
Tanpa sedar,bibirnya mengorak senyuman kegembiraan apabila ada lagi pertemuannya dengan gadis bertudung labuh itu.
Lama dia memerhati gadis bertudung labuh dengan kawannya itu.Mereka duduk dan mula membuat pesanan.
Terkebil-kebil si gadis bertudung labuh melihat menu makanan western.Dan akhirnya,si kawan yang memesan.Haha,macam aku jugak!
“Bhaii,kau usyar awek tu ke bhaii?Awek tudung labuh tu?Atau,kau usyar awek freehair tu?”soal Naim.Matanya memandang seorang gadis bertudung labuh dan seorang gadis bermini skirt tidak jauh dari meja mereka.
“Mestilah aku usyar awek tudung labuh bhaii.Boleh buat bini kot!Kalau yang berfreehair and pakai mini skirt tu,jadi perempuan simpanan boleh lah weii.”balas Adli ,tanpa memandang wajah Naim walaupun sekilas cuma.
Share this novel