BAB 8

Spiritual Completed 1069

“Babah tak tahu samada Ayura Saerah kenal atau tak dengan pemuda itu.Tapi,babah kenal dia.Dia orang baru yang datang dengar tazkirah babah selepas Zuhur beberapa minggu lalu.Babah terkejut juga bila tiba-tiba dia jumpa babah dan mintak izin babah untuk merisik Ayura Saerah menjadi suri di hatinya.Babah tengok dia seorang pemuda yang baik dan dia sendiri bagitahu babah yang dia dalam proses mengenal islam walaupun dirinya seorang muslim sejak dia dilahirkan.Ayura Saerah ,babah mintak maaf kerana babah terima pinangan dia.Babah dah buat solat Istikharah,dan jawapan yang babah terima adalah ya.Babah yakin dia jodoh untuk anak babah nie.Macam mana?Ayura Saerah boleh terima tak ni,nak?” lembut pandangan Ustaz Manan menembusi anak mata coklat milik Ayura Saerah.

“Kalau itu yang terbaik untuk Ayura Saerah ,Ayura Saerah terima babah,umi.Ayura Saerah perlukan doa babah dan umi agar Ayura Saerah bahagia.”Ayura Saerah terima.

Satu tekadnya sedari dulu lagi iaitu dia mahu bercinta selepas kahwin.Adakah ia akan tertunai?Kerna dia sudah dipinang oleh orang yang dia tidak kenal!

“Ayura Saerah memang anak babah dan umi yang baik..”

“AKU terima nikahnya Ayura Saerah binti Hisham dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai.”

Dengan sekali lafaz gadis yang anggun dengan sepersalinan putih itu bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Adli.

Terkejut juga Ayura Saerah apabila lelaki yang menjadi suaminya itu adalah lelaki yang sering dia lihat datang menghadiri tazkirah selepas Zuhur babahnya.Dia tidak sangka,lelaki itu adalah pemimpinnya sekarang.

Sebentuk cincin platinum yang dihiasi dengan batu-batu mutiara kecil,disarung perlahan di jari manis Ayura Saerah.Usai tangan Adli dicium hormat,dahi Ayura Saerah dikucup syahdu.

Kamera kiri kanan depan belakang.Naik berpinar mata pasangan pengantin itu menerima flash daripada kamera.Nasib baik tak pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience