BAB 2

Drama Completed 1079

“Aku sendiri tak pasti.Yang aku pasti,aku nak tinggalkan semua ni.Aku nak berubah.Aku dah tak nak terjebak dalam dunia hiburan ni.Dah lah,bhaii.Aku blah dulu.Jumpa esok dekat ofis eh?”bahu Naim ditepuk beberapa kali sebelum melangkah meninggalkan kelab malam yang gelap dan hanya disimbahi lampu disko berwarna warni.Naim hanya memandang langkah kawan baiknya itu.What?! Biar betul..

ADLI membelek-belek buku agama di tangannya.Sengaja dia meluangkan masa di kedai buku berdekatan dengan bagunan pejabatnya.Ah,dia bos!Ikut suka dialah nak masuk kerja pukul berapa!

Tiada siapa mahu marah.Jauh sekali mahu memecatnya.Sejak bapanya melantik dirinya sebagai CEO, dia boleh buat apa-apa sahaja yang dia suka!Tetapi,kalau berkaitan dengan urusan pejabat,dialah orang yang paling serius dan tegas!

Sambil berjalan,dia menyelak-nyelak halaman buku.Sedang asyik menghayun langkah,dia terlanggar seorang gadis bertudung labuh di hadapannya.Nasib baik dia tidak melatah.Kalau tidak, pastinya dia dilabel mat latah!

“Ops!Sorry..sorry..”Adli memohon maaf.Gadis bertudung labuh berwarna hitam itu hanya menunduk sekali lalu mengukir senyuman segaris.Nak kata senyuman paksa pun ada!

“Tak apa..”lembut suara si gadis.Terpana Adli seketika.Sudahlah berwajah ayu,memiliki suara yang lembut.

Dan yang paling penting,menjaga batas auratnya.Bertudung labuh,berjubah dan berstoking.Cukup cantik!

“Maaf.”sekali lagi Adli mengungkapkan ayat maaf itu sambil anak mata hitamnya tidak lepas-lepas merenung gadis ayu dihadapannya.Gadis itu hanya mengangguk.Melalui riak wajah,pastinya si gadis kurang senang dengan pandangan tajam Adli.

Tanpa menunggu lama,si gadis melangkah meninggalkan Adli.Sepanjang hidup,mana pernah dirinya direnung lelaki seperti itu dalam jarak yang dekat.Alahai,sudahlah kacak!Ya Allah.. jauhilah aku dari godaan syaitan!

Mata Adli masih belum lepas memandang lenggok ayu si gadis yang meninggalinya tanpa kata. Hati kecilnya memuji si gadis bertingkat-tingkat.Subhanallah!Ayunya.. manisnya.. sopannya.. Siapakah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience