BAB 9

Spiritual Completed 1078

“Bhaii,selamat weii!Aku doakan semoga bahagia hingga ke anak cucu,cicit serta piut!Doakan aku cepat-cepat kahwin eh bhaii!Teringinlah pulak.”Naim tersengih.Adli meluku perlahan kepala sahabat baiknya itu.

“Gatal kau ya?Kau pergi cari sendiri lah ehh?Jangan susahkan aku!”

“Cehh,kawan lupa kawan kau ni kan?Tak apa,kalau kau mintak tolong aku,aku tak nak terima bhaii. Dah!”Naim pura-pura merajuk.Adli tersengih memandang lelaki kacak bernama Naim ini.Ayura Saerah disisi Adli menutup mulut,menghalang agar tawa tidak terlepas.

“Alolo,merajuk ke?Aku joke aje lah bhaii!Ye la,ye lah nanti aku rekomenkan kau dekat kawan Ayura Saerah eh?Jangan risaulah.Tak dan aku nak timang anak,kau dah nikahlah bhaii.Aku jamin weii.”bahu Naim , Adli tepuk beberapa kali.Naim sudah tersengih persis kerang busuk.

“Betul ni?Thanks bhaii!”

“TERIMA kasih banyak-banyak sebab terima saya sebagai suami awak.Terima saya untuk jadi pemimpin awak.”Adli memandang Ayura Saerah yang berdiri di sisinya.

Gadis yang masih bertudung itu menayangkan senyuman manisnya.Senyuman yang sukar dia hadiahkan kepada mana-mana lelaki yang bukan muhrimnya.

“Sama-sama.Saya pun nak berterima kasih dekat awak sebab awak sudi ambik saya jadi isteri awak. Sudi memimpin saya ke syurgaNya.Terima kasih sangat-sangat.”balas Ayura Saerah.Jari-jemarinya bersulam dengan jari jemari Adli.

“Saya perlukan seorang isteri untuk sempurnakan hidup saya..”sambung Adli.

“Dan saya juga perlukan seorang suami untuk melengkapkan kehidupan saya.”balas Ayura Saerah lagi. Mereka berdua melorek senyuman bahagia.

Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan rasa cinta ini.Semoga cinta ini tidak melebihi cinta kami kepadaMu.Kaulah cinta utama kami,Ya Rabb.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience