BAB 1

Spiritual Completed 1078

MELILAU mata Adli memandang golongan muda yang sedang terkinja-kinja menari di dalam sebuah kelab malam yang terkemuka di tengah-tengah kota Kuala Lumpur ini.

Masing-masing saling berdansa bersama pasangan mereka.Hah,bukan hanya golongan muda,golongan tua yang berpangkat tinggi juga ada menghiburkan diri di sini.Entah perempuan mana yang dihurung lelaki tua yang dilihatnya itu.

“Hei,bro!”bahu Adli ,Naim tepuk perlahan.Gelas yang berisi air coke diteguk perlahan usai dia mengambil tempat bersebelahan dengan Adli.Adli hanya membalas dengan segaris senyuman sahaja.

“Kau kenapa ni bro?Tak happy aje aku tengok kau!Kenapa ni weii?”soal Naim.Adli geleng kepala. Jari jemari bermain pada permukaan gelas tinggi yang juga berisi coke berwarna hitam coklat itu.

“Tak ada apa-apalah.”dalih Adli.

“Tak payah tipu aku bro!Aku kenal kau dah lama bhaii!Bukan sehari dua.Dah bertahun-tahun kot. Kalau kau ada masalah,kau bagitahu aku.Apa gunanya aku sebagai kawan kalau tak boleh kurangkan beban masalah kau.”pancing Naim agar Adli mahu bercerita masalahnya.Adli ketawa kecil memandang Naim.Satu-satunya kawan baik yang dia punya.

“Aku tahu kau memang akan selalu ada untuk aku.Entahlah bhaii!Aku pun tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni,aku rasa lain macam aje. Aku rasa aku nak tinggalkan dunia sosial aku ni lah. Aku nak berubah.”luah Adli.Melopong Naim dibuatnya!

“Apa bhaii?Ka..kau nak berubah?Kau dah nak bertaubat ke bhaii?”bahu Adli ,Naim sentuh perlahan.Lambat-lambat Adli angguk kepala.

“But why?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience