Bab 4

Romance Completed 6164

“Zuyyin, jom pergi library waktu rehat nanti nak?”

Nana bersuara mengejutkan Zuyyin yang baru ingin melelapkan matanya di atas meja. Malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya kerana pinggannya masih terasa sakit akibat terjatuh semalam. Hampir jam 4 pagi baru matanya terlelap sendiri apabila sakit di pinggannya berkurang selepas diletakkan minyak angin.

“Kau ni kenapa? Pagi-pagi lagi dah mengantuk.”

Nana bersuara sedikit kuat. Tubuh Zuyyin digoncangnya. Zuyyin bangun dan bersandar di kerusinya.

“Rajinnya kau nak pergi library. Tapi, tu kan waktu rehat. Sempat ke? Nak makan lagi.”

Zuyyin bersuara tanpa menjawab pertanyaan Nana. Nana memuncungkan bibirnya tanda merajuk kerana pertanyaannya tidak dibalas. Zuyyin mengeluh.

“Iyalah Puteri Diana. Nanti kita pergi ya. Tapi aku nak makan dulu. Sarapan tadi tak sempat.”

Zuyyin bersetuju. Nana tersenyum manis. Terserlah lesung pipit dipipinya. Nana memang seorang yang cantik dan manja. Apatah lagi warna pink merupakan warna kegemarannya. Tengok sahajalah pada jam, beg sekolah, kotak pensel, pensel picit, sapu tangan dan semua benda miliknya adalah berwarna pink. Lady Pink lah katakan.

“Zuyyin, cepatlah habiskan nasi tu. Nanti tak sempat nak pergi library pulak.”

Hampir tersedak Zuyyin apabila Nana mendesaknya supaya menghabiskan nasi yang tinggal separuh lagi di dalam pinggannya. Nana hanya membeli dua biji kuih sahaja. Jaga badan lah katakan. Belum lagi meningkat dewasa dah jaga badan. Fikir Zuyyin sendiri.

“Lambatlah kau makan. Tahulah kunyah 40 kali tu ikut sunnah. Tapi kita dah lambat ni. Ada 10 minit lagi sebelum waktu rehat habis.” Nana terus mendesak.

“Kejaplah. Sikit lagi ni. Kau tahu kan aku ni tak boleh makan cepat-cepat nanti perut aku sakit. Susah nak hadam tahu tak.”

Nana bukan tidak tahu yang Zuyyin tidak boleh makan dengan cepat. Tetapi kuat makan. Tengok sahaja nasinya, seperti makan untuk dua orang. Tapi badannya tetap maintain. Tidak kurus dan tidak gemuk. Mungkin cara makannya yang tertib dan tidak gopoh itu penyebabnya.

“Dah siap. Kejap ya, aku nak basuh tangan.”

Zuyyin menyedut air oren di sisi kanannya sebelum bangun menuju ke arah singki untuk membasuh tangan. Belum sempat Zuyyin berpaling untuk kembali ke tempat tadi, tiba-tiba tangannya terus ditarik oleh Nana.

“Ya Allah, Nana! Terkejut aku weii. Kau ni…” Zuyyin mengurut dadanya sebelum mendengus kuat. Tudungnya yang senget dibetulkan kembali lipatannya.

“Hehe…kan aku dah kata nak cepat. Jom masuk.”

Nana terus meluru masuk. Zuyyin membuntuti Nana dari belakang. Nana kelihatan melilau memandang pelajar-pelajar yang berada di dalam perpustakaan. Dia seperti mencari seseorang.

“Hah, jumpa pun. Abang Iwan!”
Nana memanggil sedikit kuat membuatkan pelajar-pelajar lain turut memandang ke arahnya. Dia terus menutup mulutnya apabila menyedari panggilannya tadi agak kuat dan mungkin mengganggu konsentrasi pelajar lain.

Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang menghampiri Nana sambil tersenyum.

“Nah, buku. Lain kali check betul-betul beg Abang Iwan tu. Nasib baik ada Nana tau. Ok lah, Nana pergi dulu. Loceng dah bunyi tu. Bye!”

Nana terus menarik tangan Zuyyin keluar dari perpustakaan untuk ke kelas sebelum guru Matematik mereka masuk. Zuyyin seperti pernah melihat wajah lelaki tadi.

‘Bukan ke dia tu Ridzuan, kawan Along. Aduihh, macam mana aku boleh lupa. Patutlah dia tengok aku tadi. Eeii, malunya…’ Bisik Zuyyin sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tadi tu abang sepupu aku, nama dia Ridzuan Ilyas. Dia tinggal sebelah rumah aku je. Tadi mak long aku, mama Abang Iwan tu suruh aku bagi buku tu kat dia.”

Zuyyin mengangguk faham. Patutlah Nana asyik bawa saja buku Biology di tangannya. Nak bertanya malaslah pulak. Zuyyin berfikir sendiri. Mereka berdua terus duduk di kerusi masing-masing sambil mengeluarkan buku latihan Matematik lalu diletakkan di atas meja. Nana berpaling ke arah Zuyyin di sebelahnya.

“Kau tahu tak, Abang Iwan tu sebenarnya baru je tinggal dengan mama dan papa dia masa mula-mula masuk tingkatan 5. Dulu dia tinggal dengan nenek dia kat kampung.” Nana menyambung lagi.

“Handsome tak Abang Iwan tu? Kalau dia bukan abang sepupu aku dah lama aku ambil buat boyfriend tau. Hehe.” Nana bersuara gatal.

“Lagipun dia tak layan sangat budak-budak perempuan yang minat kat dia tu. Dia fokus belajar je. Alim pulak tu.”

“Nana...sebenarnya abang sepupu kau tu kawan abang aku. Aku kenal dia sebab dia selalu jugak study kat rumah aku dengan abang aku kebelakangan ni. Bukan dia je, dengan geng-geng abang aku sekali.”

Zuyyin membuka cerita. Nana kelihatan terlopong memandang Zuyyin. Belum sempat mulutnya ingin bertanya, guru Matematiknya masuk. Semua pelajar dalam kelas tersebut bangun dan memberi salam serentak kepada guru tersebut sebelum doa belajar dibacakan oleh ketua kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience