Bab 6

Romance Completed 6164

Nada dering Rasa Sayang nyanyian Hanie Soraya kedengaran di telefon bimbit Zuyyin. Dia terus mencapai telefon bimbitnya. Nasib baik masa rehat. Kalau waktu bekerja, mesti dapat jelingan maut dari penyelianya, Cik Puan Qirana yang seperti nenek sihir itu.

“Hello, ibu…” Zuyyin menekapkan telefonnya di telinga.

“Apa?? Untuk Achik? Siapa, ibu? Tapi…Achik kan belum habis belajar lagi. Bagilah kat Angah dulu, bu...”

Nana di sebelah memasang telinga. Dia terus mencuit bahu Zuyyin setelah sahabatnya itu mematikan talian dan telefonnya diletakkan di atas meja.

“Kenapa?”

Nana terus bertanya apabila melihat raut wajah Zuyyin yang kelihatan pucat dan bingung. Padahal dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal diberikan kepadanya. Sebab itu semua rancangan dia, Zairi, dan…

“Ibu aku call. Dia suruh aku balik minggu depan. Ada orang masuk meminang aku.” Nana buat muka terkejut. Padahal dalam hati sudah tertawa riang.

“Siapa yang masuk meminang tu?” Nana buat-buat bertanya. Kasihan pulak dengan kawannya yang lurus ni.

“Itulah…aku pun tak tahu. Ibu aku cakap kalau nak tahu siapa kena balik dulu. Yang sedihnya, dia dah terima pinangan tu.”

Zuyyin menyembamkan mukanya di atas fail yang tersusun rapi di atas meja. Seperti mahu menangis lagaknya. Mana tidaknya, orang yang meminang itu tak tahu siapa. Ibunya pula main terima saja. Lagi pula, dia mahu kerja dulu. Dia masih muda. Kepalanya rasa berdenyut-denyut memikirkan perkara ini.

Nana menepuk-nepuk belakang Zuyyin untuk menenangkan dia. Perasaan kasihan mula menguasai hati. Namun, hatinya perlu kuat demi menjayakan rancangan ini. Lagipun, dia sudah berjanji tidak akan membocorkan rahsia ini sehingga ia berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience